Wednesday, 30 December 2015

Sibuk Kalah PM

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum semua. Akhirnya diberi kesempatan serta kelapangan untuk buat entry personal. Sibuk mengalahkan perdana menteri. Kalau sempat buka pun, just sempat nak join segmen or giveaway je. Sempit betul masa. Mungkin awal2 lagikan. Masih sibuk dengan pendaftaran itu ini. Ini pun sebab hari ni takde kelas. Dapat la rehat lebih sikit dari biasa. Hehe

To sesiapa yang tag Sab untuk jawab soalan2 tu, Sab minta ampun minta maaf sebab masih belum berkesempatan nak jawab soalan2 dari korang. Sab dah draft tapi masa plus mata tak mengizinkan Sab untuk jawab. Sab ni kalau nak buat apa2, kalau boleh nak sekemas-kemasnya. Taknak la cincai2 je. Rasa macam tak puas. Bila tak cantik mesti nak delete je.

Minggu ni memang Sab sibuk sangat2. Kena bekejar ke fakulti untuk transfer kredit, kena daftar subjek, gugurkan subjek, isi borang itu ini, fotostet2 lagi, urus soal penangguhan PTPTN, lepas tu kena buat permohonan baru pinjaman lagi, bekejar ke kelas lagi. Masyaallah, kekadang tu sampai rasa macam nak tercabut je kaki ni. Penat sangat2 rasanya.

Semua kena settle segera. Ada yang kena settle before Januari 2016 la, ada yang before 15 Januari la, ada yang kena settle before end of this week la. Haish, macam2 betul. Minggu depan dah start dapat assignment. Memang makin bersawang la blog Sab ni. Makin hari makin sibuk. Demi kejayaan, susah pun takpe la. Ini yang Sab nak, kena la tempuh kan.

Disebalik kesibukan Sab ni, ada juga la perkara yang Sab sedihkan. Even Sab ni jarang update entry dalam blog, Sab selalu la jugak buka sebab nak tengok komen or apa2 je dalam blog. Antara benda yang Sab akan selalu check is pageview blog Sab. Sedih rasa nya. Mana tak nya, pageview makin hari makin merosot. Makin hari makin sikit. Sampai pelik dibuatnya.

Mungkin salah Sab juga la. Langsung tak luangkan masa dengan dia. Sampai orang lain taknak datang singgah ke blog Sab. Seriously terhad sangat masa sekarang ni. Bila malam menjelma je, mata ni bukan main lagi mengantuk. Pernah buka blog but lastly blog yang tengok Sab. Sampai tertidur dibuatnya. Penat sangat rasa badan ni. Macam baru marathon je. Haha

Ok. Dah takde idea nak melalut lagi. Mohon jangan stop view blog Sab ye. Hehe. Line slow sangat dekat sini. Semuanya loading. Nak tunggu loading nya tu bukan main lama lagi. Ada masa nanti Sab akan blogwalking ke sesiapa yang singgah ke blog Sab ni. Insyaallah. Thank you korang sebab sudi singgah dan baca corat coret Sab ni. See you again ya. Bye2.

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

4 comments:

  1. jangan sesedih. biasa laa tuh. leya pun kekadang pageview ciput sebab jarang bw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya la kan. Sab sekarang sibuk sampai tak sempat nak bw. Lepas ni lagi la tak tahu macam mana pulak.

      Delete
  2. shawal singgah sini ye.. :)

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/2015/12/pencarian-sponsor-giveaway-welcome-2016.html

    ReplyDelete