Tuesday, 8 December 2015

NO IDEA

بسم الله الرحمن الرحيم

Berkenaan dengan tajuk dekat atas tu, sebenarnya Sab takde idea nak buat entry apa. Yang Sab tahu cuma blogwalking ke blog yang lain then tinggalkan jejak atau komen je. Sab ni orang baru dalam dunia blogger ni. Jadi sekarang ni dalam proses perkenalan dengan ahli-ahli blogger yang lain yang dah lama dalam dunia blogger ni.

Bila singgah ke blog yang ada buat tutorial, Sab singgah ke situ kejap. Mohon halalkan ilmu tu ye. Bila singgah ke blog yang ada bua freebies, Sab singgah tengok and ada yang Sab ambil sebab freebies yang diorang buat tu cantik2. Boleh singgah SINI dan SINI untuk tengok freebies2 tu ok. Mohon halalkan ye. Hehe

Kalau nak harapkan Sab yang buat, Sab memang tak pandai buat. Template dengan header ni pun sab ambil dari blog kawan Sab. Tapi takpe, orang cakap tak tahu kena belajar. Sampai bila nak duduk dalam tampuk yang sama je kan? Taknak la jadi macam katak bawah tempurung. Tak tahu perkembangan luar.

Erm seronok rupanya jadi blogger ni. Dapat pengalaman baru. Kesedaran tu baru ada sekarang. Hehe. Kalau ada apa2 idea untuk penambah baikan, mohon semua sudi untuk share dengan Sab ok? Almaklumlah, nak edit template pun terkedek-kedek lagi. Mohon jangan kecam newbie macam saya.

Sampai sini je dulu celoteh Sab yang tak seberapa ni. Thank you sebab sudi membaca.

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

No comments:

Post a comment