بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ni Sab tetiba rasa macam nak buat satu entry pulak. Hehe. Dah baca tajuk pun mesti semua orang dah tahu apa yang Sab nak share kan. Sab actually nak share kan dengan semua orang rasa syukur yang teramat sangat ke hadrat Illahi kerana Dia masih memberi Sab peluang untuk terus berada dalam suasana menuntut ilmu. Alhamdulillah. Akhirnya impian Sab nak sambung belajar dalam Ijazah Sarjana Muda bakal terlaksana. Memang impian sejak dari dulu lagi. Asyik terbayang-bayang je dalam minda ni.
Even tak dapat sambung dalam bidang yang diminati that is bidang law a.k.a. undang-undang, but it's ok la sebab masih berkesempatan untuk teruskan juga belajar. Sab dapat sambungkan pelajaran Sab dekat tempat lama. Tempat Sab ambil diploma dulu juga. Mungkin Allah dah memang tetapkan Sab dan tempat tu tak boleh dipisahkan agaknya. Haha. Nak buat macam mana kan. Dah macam ada chemistry dekat situ sampai rasa macam tak boleh nak berenggang. Rindu pulak bila lelama berpisah.
Insyaallah, minggu depan Sab akan mulakan kehidupan baru ni. Pejam celik pejam celik, sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je tamatkan sesi diploma bulan4 hari tu and rasa macam baru je lagi konvo bulan 9 hari tu. Rasa macam tak percaya jugak bila teringat yang Sab dah nak sambung degree. Almaklumlah, dah hampir 8 bulan juga la memerap dekat rumah ni. Sampai mama abah bising la jugak. Haha. Mana tak nya disuruh kerja tapi taknak. Buat pekak telinga je bila diorang cakap pasal kerja.
Sab ni bukannya taknak kerja macam apa yang diorang nak kan. Tap kalau fikirkan balik, Sab rasa macam Sab tak sedia nak berada dalam alam tu. Tak sedia nak tempuh alam kerjaya. Alam tanggungjawab besar. Bukan alam makan tanggung berak cangkung lagi. Bila cakap macam tu, orang semua cakap Sab malas, tapi tak kisah la. Biar Sab je tahu apa yang Sab rasa. Malas ke rajin ke, Sab tak pernah kacau hidup orang pun. Haha. Tak kisah la apa orang nak cakap. Fikir pasal kata2 orang ni tak boleh hidup jawabnya. So, abaikan jela.
Hidup kita biar kita yang tentukan. Nak ikut arus mulut orang ni, rugi la sebab takde pendirian sendiri. Itu pada Sab la. Orang lain tak tahu la macam mana kan. Sab pun kengkadang pening jugak, orang sekeliling asyik tanya je dah kerja ke belum, lepas ni nak buat apa, nak kerja apa, taknak kahwin lagi ke and banyak lagi la. Sampai naik pening dengar. Bila bagitahu nak sambung belajar lagi, dikatanya sampai bila nak belajar. Taknak kahwin ke. Asyik nak belajar je. Ermm. Kalau ada yang nak sponsor, Sab ok je. Laju siap setuju terus. Haha. Ini tanya kosong je, buat apa. Biarlah Sab sambung belajar. Bukan rugi pun belajar ni. Cari ilmu. Untuk masa depan jugak.
Sab mohon korang doakan yang baik2 eh untuk Sab. Sab harap zaman baru ni lebih baik dari zaman sebelum ni. Bukan zaman sebelum ni tak baik, tak. Cuma nak yang lebih baik je. Doakan supaya segala urusan Sab ni dipermudahkan hendaknya. Minggu ni kira macam minggu sibuk jugak la sebab nak kena kemas banyak barang. Orang suka buat kerja last minit, macam ni la jadinya. Esok last tidur atas katil yang empuk ni. Itu jela yang Sab nak share kan dengan korang. Thank you sebab sudi luangkan masa korang untuk baca corat coret ni.
Good luck dgn course baru sayang! Kirim salam warga Kuim yee! hihiii
ReplyDeleteThank you yunk ^_^ Nanti I sampaikan salam u pada semua warga KUIM. Hihu
DeleteTahniah sab ^^
ReplyDeleteTak apa tak dapat sambung dgree utk bidang yg diminati. manathu rezki sab luas dkt kos yg sab ambik tu :D Smoga sukses selalu
Thank you dear. Harap2 macam tu la. Rezeki semua Allah dah tentukan. Mungkin ini jalannya. Doakan Sab eh. Thank you sudi singgah sini ^_^
Deletetahniah. good luck.
ReplyDeleteThank you dear ^_^
DeleteGood luck.. Study sampai jadi lawyer tau~
ReplyDeleteWahhh. Thank you dear ^_^
Deletetahniah! all the best :)
ReplyDeleteThank you dear ^_^
DeleteTahniah dapat sambung study.. Lissa belum ada rezeki lagi.. habis stpm terus kerja.. hehe all the best ! :D
ReplyDeleteInsyallah. Kalau ada rezeki, tak ke mana. Btw, thank you dear ^_^
Deletewahhh, tahniah Sab :) all the best. goodluck study , mulakan kehidupan baru dengan bismillah ^^
ReplyDeletesama la opi pun, suruh kerja tak kerja kerja, suruh kawin , tak kawin kawin. hahaha. takut nak kerja sbb tak bersedia lagi :(
apa apa pun, take care Sab ^^
Iyup. Betul tu. Seriously tak sedia. Kita geng. Insyallah akan sampai juga seru untuk kerja tu. Cuma tak boleh dipaksa. Btw, thank you dear ^_^
DeleteTahniah.. belajar elok2 pasni
ReplyDeleteThank you ^_^
DeleteThniah and goodluck. InsyaAllah smuanya ok. Fighting
ReplyDeleteYes fighting!! Thank you dear ^_^
Deletetahniah and all the best sab.
ReplyDeleteallah yuftah alaik !
Thank you dear ^_^
DeleteTahniahh akk ^^,
ReplyDeletebtw , Meura dah jawab 10 soalan tu =)
http://meurametsuu.blogspot.my/2015/12/sepuluh-soalan-by-sab.html
Thank you dik. Nanti akak stalker sana ^_^
Delete