Wednesday, 23 December 2015

AKHIRNYA


بسم الله الرحمن الرحيم
AKhirnya berjaya juga buka. Sebelum ni ada juga buka tapi serious tak larat sangat nak update. Sibuk dengan kemas barang. Sibuk dengan daftar. Sibuk dengan isi borang itu ini. Sibuk berkejar ke sana ke sini. Sibuk sibuk sibuk sampai tak sempat nak buat entry apa2. Draft dalam fon je. Bila buka lappy nak buat entry, fuh badan bukan main tak mengizinkan.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi, akhirnya Sab tiba di menara gading dengan selamat setelah jauh perjalanan. Utara ke Selatan. Walaupun tak sejauh luar negara, tapi kalau drive sendiri dari Melaka ke Kedah, memang tak tahu la nak cakap macam mana. Alhamdulillah. Mama abah juga telah selamat tiba di kediaman di Kedah. Rehat puas2 ye. Kesian penat.

Kini bermula sebuah perjalanan hidup yang baru. Walaupun masih ditempat yang lama, tapi perasaan baru itu tetap datang menghangatkan jiwa. Pergh ayat bukan main lagi. Haha. Sab harap impian Sab ni tidak sia2. Sab akan cuba yang sehabis baik untuk tidak mngecewakan mama abah yang dah bersusah payah dalam melaksanakan salah satu impian terbesar Sab.

Mulakan yang baru dengan perkara yang baik. Buang sifat2 malas dulu. Ambil apa yang jadi dulu jadi pengajaran. Jadikan zaman baru lebih baik dari zaman sebelumnya. Kena sentiasa beringat sikit sekarang ni sebab zaman ni bukan zaman muda mudi dulu. Dah besar. Dah tua pun. Kena lebih matang menangani segalanya. Cengeng campak dekat tengah laut sana.

Nak taip benda sikit ni pun rasa macam tak mampu. Berat betul mata ni. Padahal awal lagi. Kalau dekat rumah, selagi jam tak menunjukkan pukul 4 ke 5 pagi, selagi itu la tak tidur tapi sekarang semua tu dah berubah. Tak boleh tidur lambat bangun lambat macam dulu lagi. Ermm. Rindu rumah. Serious rindu. Ok bye. Tak boleh cakap lagi. Sedih. Mohon semangat pleaseee

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

10 comments:

  1. nak semangat? saya ada hadiah nak diberi...jemput meriahkan contest #Dearsofie

    terima kasih! ^_^

    ReplyDelete
  2. Jangan sedih2... akak dulu pun camtu jugak. hehhe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you akak datang bagi semangat pada Sab

      Delete
  3. good luck sayang kat Kuim! Will miss your entry because I know you'll busy with the presentation and assignments nnti. Tapi percayalah minggu2 awal ni selalunya masa layan drama korea dan ngeteh kat cafe sbb kadang ada lecturer takde laa apa hahahahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sayang. Minggu ni memang takde kelas pun. Hari Isnin daftar, hari selasa Sab balik Banting. DAlam jadual, Sab cuma ada kelas hari isnin, selasa dengan kahmis je. itu pun lengang gila sebab kebanyakannya takde tuto. Just kuliah je ^_^

      Delete
  4. Semoga sis Sab berjaya dalam apa jua perkara, and dont be too stress, just relax, sit back and enjoy your life... =D

    ReplyDelete
  5. takpe2. nk berjaya kne byk bkorban. fighting =D smile.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah akan fight lawan perasaan ni demi masa depan. Thank you sudi bagi Sab semangat.

      Delete