Saturday, 19 December 2015

CHAT BOX

بسم الله الرحمن الرحيم
Idea untuk entry kali ni datang masa Sab tengah jejalan a.k.a. singgah2 a.k.a. blogwalking ke blog2 lain. Sab ni takde la rajin berblogwalking ni tapi boleh la dikatakan selalu la jugak jenjalan. Ada2 jela ayat Sab ni. Bila dah berblogwalking ni, perkara pertama sekali (perkara utama) yang Sab akan buat is cari chatbox blog tersebut. Rasanya korang pun sama kot macam Sab.

Persoalannya dekat sini, pernah tak korang singgah ke blog yang takde chatbox atau apa2 jela yang korang guna dalam blog korang sebagai tempat tinggalkan jejak? Sab rasa semua blogger mesti pernah la jumpa blog yang takde chatbox. Dan persoalan yang kedua di sini ialah apa yang korang rasa masa korang tak jumpa chatbox dekat blog yang korang singgah tu?


Jawab jangan tak jawab. Ok. Ini jawapan Sab. KECEWA. Why kecewa? Ini alasan Sab la. Sab ni blogger baru. Bila Sab singgah mana2 blog, of course Sab nak tinggalkan jejak Sab dekat blog diorang dengan harapan diorang akan blogwalking ke blog Sab after that. Sab tak kisah la diorang pergi ke tak lepas tu asalkan Sab dapat tinggalkan jejak Sab dekat sana.

Pernah sekali tu Sab sampai dekat blog yang takde chatbox, Sab dah terfikir dekat mana nak tinggalkan jejak eh? Takkan nak tinggalkan dekat komen? Macam tak berapa sesuai la pulak. Kalau Sab ni blogwalking dari segmen ke, logik la jugak nak tinggalkan dekat komen. Ini sesaja jenjalan. Memang tak la nak mengomen kan. Lastly Sab pun berlalu dengan rasa kecewa nya.

Pada Sab chatbox ni penting. Orang selalu singgah blog kita. Takkan la kita tak nak balas kunjungan diorang. Bila dah balas kunjungan, mesti kita nak tinggalkan jejak yang kita datang blog diorang. Tak nak la nanti orang label kita blogger sombong pulak. Tak pernah nak singgah ke blog orang langsung. Tapi kalau singgah tak boleh tinggalkan jejak, macam mana kn.

Jadi kesimpulannya dekat entry kali, cuba la baca balik apa yang Sab bebelkan dari awal sampai habis dan renungkan kembali apa yang Sab cuba nak sampaikan di sini. Faham sendiri tu actually lagi bagus dari orang yang terangkan sebab apa yang kita faham sendiri tu akan lebih diingati dari apa yang orang lain cuba terangkan pada kita. Segala imej yang Sab tempek dekat sini datang dari encik google. Maaf ye kalau ada yang rasa Sab ambil dari blog korang. Mohon maaf andai entry kali ni ada menyinggung perasaan mana2 pihak. Entry ini umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa. Sekian terima kasih.


Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

12 comments:

  1. boleh tak buat satu tutorial untuk mengadakan chat box? sebab saya masih baru dalam blogging ini dan tak tahu macam mana nak wujudkan chatbox dalam blog~ THANKS~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sab dulu pun main click je. Hehe. Kalau nak full tuto boleh rujuk sini http://bicarafarah.blogspot.com/2012/01/tutorial-130-tutorial-penuh-cbox.html

      Delete
  2. macam tak caya ja sab ni baru dunia blogging~ yeah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious baru. Dalam bulan ni jugak baru buat. Sebelum ni pernah cuba buat blog tapi tak tahu guna. Lastly tutup.

      Delete
  3. yeahhh setuju sgt! whether cbox or shoutbox dua dua penting aku rasa! hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tak kisah la mana2 sebab dua2 tu penting

      Delete
  4. Replies
    1. Hehe. Ramai yang bersetuju nampaknya ^_^

      Delete