Monday, 27 June 2016

Spicy Ramen Samyang Dah Sampai !!

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga la nak merasa mee segera yang baru-baru ni sedang hangat diperkatakan. Dekat mana-mana je mesti dengar pasal mee segera. Dekat facebook la yang paling kecoh. Kejap halal kejap tak halal. Bagi yang masih meragui tentang status halal mee segera ni, dekat sini Sab ada nyatakan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jakim sendiri. Ataupun korang boleh direct baca dekat SINI. Kalau rasa tak yakin juga, better korang tak payah makan la. Lebih senang daripada terpaksa berbalah halal haram sesuatu.

Sab dengar lagi, mee segera ni tak dijual di semua tempat. Ramai tang cakap mee segera ni hanya boleh ditemui di Aeon sahaja. Hebat juga ea. Sampaikan penjualan mee segera ni pun terhad dekat tempat-tempat tertentu je. Orang cakap pedas sangat sangat dan tersangat sangat. Haa banyak betul sangatnya. Nampak sangat terlampau pedas. Betul ke? Sab tak makan lagi sebab nak tunggu adik Sab balik dari poli dulu. Dah janji nak makan dengan dia. Mohon balik cecepat.

Cakap pasal mee segera ni. Nak tahu Sab dapat daripada mana mee ni? Sab tak beli tau. Sab dapat. Macam ni ceritanya. Baru-baru ni Sab ada join satu giveaway daripada Blogger Rrai dan Alhamdulillah rezeki. Sab merupakan salah seorang yang tercalon untuk menang dalam giveaway berkenaan. Actually dah lama dapat tapi asyik tangguh je nak post entry. Itu yang jadi lambat tu. Apa-apa pun dapat la merasa mee segera yang superb pedas dan superb mahal ni. Katanya satu paket yang ada 5 bungkus tu harganya melebihi RM20. Betul ke? Kalau macam tu, sampai kesudah la Sab tak merasa. Sayang duit. Hehe. Lagipun memang tak terfikir pun nak cari dekat Kedah ni. Kawan Sab cakap dekat Aeon je ada. Jauh bebenor dari rumah.
Ok lah. Sampai sini dulu. Nanti dah makan, Sab update pasal rasa pula. Bye!

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

4 comments:

  1. selamat pagi..jalan2 sini ambil mood raya.. ^_^

    ReplyDelete
  2. MG nak try jgk bnda ni tp dah ritu duk kata halal tak halal so MG mlas dh nk rsa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ragu, rasanya lebih baik elakkan. ^_^

      Delete