Tuesday 7 June 2016

Segmen Encik Kidal : "Marhaban Ya Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم
Klik banner di atas untuk join. Jom ramai-ramai meriahkan segmen yang bermanfaat ni. Sampaikan ilmu walaupun sedikit. Semoga ilmu yang disampaikan itu bermanfaat dan digunakan oleh pihak yang membaca. Insyaallah

1) NIAT PUASA
نويت صوم غد عن اداء فرض شهر رمضان هذه السنة لله تعالى
Maksudnya: "Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala". (Puasa hari)

نويت صوم شهر رمضان كله لله تعالى
Maksudnya: "Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala." (Puasa sebulan)

2) PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
Image result for korek hidungPerkara yang membatalkan puasa yang semua umat Islam sedia maklum ialah tak boleh makan dan minum di siang hari. Selain daripada itu, tak boleh masukkan 'sesuatu' ke dalam rongga badan sehingga boleh membatalkan puasa. Rongga badan tu macam mana? Rongga badan tu contohnya lubang hidung, lubang telinga dan segala lubang yang ada di tubuh badan kita. Injection membatalkan puasa tak? Injection tak membatalkan puasa sebab injection ni tak melalui rongga badan dan injection ni tak rasa pun melalui anak tekak kita. Sab terang dalam bahasa mudah je. Kalau ada salah silap, mohon perbetulkan ye.

3)NIKMAT BERPUASA
Nikmat berpuasa? Kalau sesiapa tak rasa nikma berpuasa tak tahu la nak cakap macam mana. Almaklumlah, puasa ni mengajar kita banyak perkara dalam kehidupan. Antaranya dapat merasai kesusahan orang yang hidup dalam serba kekurangan. Berbuka itu seolah-olah keseronokkan mereka apabila mendapat sesuatu makanan. Sebab tu la Rasulullah S.A.W. mengajar kita untuk bersederhana ketika berbuka. Kalau hidangan ketika berbuka macam hidangan untuk 100 orang padahal perut yang nak menjamah hanya 5 ke 6 orang, sia-sialah puasa kita. Tak dapat kita nak rasa nikmat berpuasa itu.

4) PENGALAMAN YANG SERONOK SEMASA RAMADHAN
Nak cerita tentang pengalama seronok semasa Ramadhan ni banyak sebenarnya tapi ada satu pengalaman yang paling seronok pada Sab sebagai seorang anak perantau ni that is apabila dapat berpuasa & berbuka bersama-sama keluarga tercinta. Sab dah masuk 8 tahun tak pernah bersama-sama berpuasa dengan keluarga. Dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 berpuasa di sekolah @ asrama. Umur 18 sampai la umur 21 sambung diploma dan berpuasa bersama kawan-kawan. Seronok tengok kengkawan balik tiap-tiap minggu. Kita nak balik, jauh sangat. Puasa la dekat kolej. Tahun lepas dan tahun ni dapat berpuasa keluarga tercinta. Tahun lepas sebab dah habis diploma dan menanam anggur di rumah. Tahun ni even dah sambung degree, Cuti semester pulak awal. Memang heaven la. Tapi ahli keluarga pulak tak cukup tahun ni. Adik no.2 kerja di KL and adik no.3 nak daftar diploma Ahad ni. Tinggal la Sab dengan mama abah. Ok la juga jadi anak tunggal kejap.
my email : nursabrinaabdghani@gmail.com
Dekat bawah ni merupakan pihak yang ditag
http://mekzumbie.blogspot.com/ 
  1.   


Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

No comments:

Post a Comment