Monday, 6 June 2016

RAMADHAN KAREEM GIVEAWAY 2016

 
BAGITAU APA AZAM YANG KORANG NAK LAKUKAN PADA RAMADHAN KALI NI
بسم الله الرحمن الرحيم

Nak bercakap tentang azam dalam bulan mulia ni, rasanya tak terhitung banyaknya azam yang disenaraikan dalam hati. Azam itu azam ini. Takut tak tercapai je azam yang diazamkan tu. Selalunya bulan mulia bulan baik ni, sudah semestinya semua orang mengharapkan perkara yang lebih baik dari bulan-bulan yang lainya. Eh? Bulan ni je ke nak jadi baik, bulan lain tak payah? Bukan macam tu. Maksudnya, kita gandakan lagi amalan kita dalam bulan ni. Bulan yang pahalanya lebih berkali ganda daripada bulan-bulan biasa. Siapa taknak buat, rugi dan tersangatlah rugi.
Image result for ramadhan
1) KHATAM AL-QURAN
Ini adalah azam Sab setiap tahun. Bulan lain tak pernah datang azam ni. Tapi setiap tahun, azam ni pasti datang dalam bulan yang mulia ni. Tak kira la apa cara sekalipun, azam ni mesti juga diusahakan untuk dilaksanakan. Setahun sekali dapat khatam al-Quran pun ok daripada takde langsung. Betul tak? Harap semua orang ada azam yang sama. Walau seseibuk mana pun kita, kita usahakan la.
Image result for ramadhan
2) TINGKATKAN AMALAN BAIK
Tingkatkan amalan baik. Amalan baik macam mana tu? Amalan baik yang sebelum ni kita jarang buat, dalam bulan ni kita gandakan. Contohnya, sebelum ni nak bersedekah kita rasa berat. Apa salahnya dalam bulan baik ni, kita amalkan setiap hari. Nak sedekah dekat mana setiap hari? Tiap-tiap hari kan pergi solat terawih, apa salahnya keluarkan RM1 masukkan dalam tabung masjid atau surau yang kita pergi tu. sebulan puasa tak menjejaskan pun duit gaji atau duit belanja yang kita ada. Malah mungkin Allah bergandakan rasa cukup terhadap apa yang kita ada. Insyaallah.

Rasanya itu je nak share. Thank you sudi luangkan masa korang untuk membaca.

Bye!

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

2 comments:

  1. Moga tercapai azam :) biasakan sedekah walaupun tengah susah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen insyaallah. Sama-sama la kita ^_^

      Delete