Tuesday, 21 June 2016

First Giveaway by Anis Khalilah

بسم الله الرحمن الرحيم
| IBU IBU |
| ENGKAULAH RATU HATIKU |
| BILA KU DEWASA |
| ENGKAU HIBURKAN SELALU |

Today, i would like to share with y'all about my mom. I called her MAMA. Nor Hashimah binti Ismail. Itulah nama yang diberikan sejak 15/11/1970. Yes umurnya dah hampir mencecah 46 tahun. Mama nak kata kahwin awal, tak la awal juga. Dalam usia 20an macam tu la. Sab dengan mama takde nak manja2 macam orang lain dengan mak diorang. Mama memang tak boleh nampak muka Sab dekat rumah. Asal nampak je, konfem ber'perang'. Bukan perang tembak2 tu. Perang mulut. Hahaha. Mama ni jenis nak orang dengar cakap dia but Sab pulak jenis tak suka nak dengar cakap orang. *Bukan degil ok.

Kadang-kadang tu boleh bawa sampai gaduh tau. Pening kepala abah melayankan perangai dua ketul manusia ni. Hehe. Mama Sab ni banyak kerenah dia sikit. Mama ni anak bongsu dari 3 adik beradik. So, dia macam manja sikit. Kalau dia taknak buat sesuatu, dia mesti akan guna ayat power dia "Kakak buat kan mama tu. Mama tak tahu buat la." Yang paling power kalau dia taknak masak. "Kakak masak la. Mama tak tahu la nak masak macam mana." Pergh ! Membeku tahi telinga Sab dengar mama cakap macam tu. Kengkadang sakit jiwa juga tapi layankan aje la keinginan dia tu. Mama mama.

Sab jarang ada dekat rumah. Almaklumlah. Belajar 500km jauh daripada keluarga. Bila jauh rasa rindu pulak nak gaduh dengan mama. Bila dekat sampai penat bergaduh. Bukan gaduh 'kurang ajar' ye. Gaduh2 manja. Setiap orang lain-lain cara. Ada yang manja dengan mak dengan cara lembut. Tapi Sab manja dengan mama memang dengan cara ber'perang'. Bila lagi nak perang dengan mama. Bukan selalu pun kan. Nanti bila Sab nak balik ke tempat belajar, konfem dia akan cakap "Lepas ni rindu la nak gaduh dengan kakak." Haha. So, masa ni ada ni la kita kena manfaatkan waktu tu.

Walaupun kita selalu gaduh kan ma, tapi kakak sayang mama sangat2. You're the best mom in the world. Takde siapa boleh ambil tempat mama. Takde siapa boleh gantikan mama sampai bila2. Lepas ni tinggal la mama dengan abah berdua. Yang sulong di Melaka, yang no.2 di KL and yang no.3 di Perak. Kalau rindu nak gaduh dengan kitorang nanti, mama gaduh la berperang la dengan abah. Hahaha. Kami sayang mama sangat2. Hurmm... Itu je rasanya nak cerita tentang mama kita. Bye!


Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

8 comments:

  1. Assalammualaikum sab. Thanks join giveaway kiteee. Berperang manja + perang mulut ni biase ler. Nak balik tempat belajar, mintak maaf. Haha. Sama je macam anis. Rindu kan nak berperang bile lama tak jumpa. By the way, good luck k. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... Tahu takpe... Rindu sangat...

      Delete
  2. Ade singgah....
    Semoga berjaya.... :)

    http://musicstyle29.blogspot.com/2016/07/first-giveaway-by-anis-khalilah.html

    ReplyDelete
  3. good luck :D
    http://mellyacrayola.blogspot.my/2016/08/first-giveaway-by-anis-khalilah.html

    ReplyDelete
  4. Hi ... Singgah dari segmen yang sama ... Jangan lupa join contest kat Jom Bercontest dan singgah jenjalan kat Kisah Hidup Ku ... Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki ... Maaf lambat blog walking ...

    ReplyDelete