Wednesday, 29 June 2016

Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan, Melaka

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni rasa macam nak cerita pasal tempat berprogram hari tu. Dah lama sebenarnya program ni diadakan. Kalau tak salah, 26/2/2016 hari tu. Cuma baru sekarang sempat nak cerita. Program ni under subjek Psikologi Dari Perspektif Islam. Lecturer subjek ni memang berharap sangat kitorang dapat berprogram dekat sini. Dapat menyelami dan merasai sendiri bagaimana bila kita berada di tempat sebegini. Betul apa yang lecturer kitorang tu cakap. Serius dapat rasa. Sayu je hati bila dekat sini. Terbayang juga macam mana la kalau diri sendiri ditinggalkan di sini suatu hari nanti. Allah. Minta dijauhkan. Ameen InsyaAllah.

Sebelum semua orang tertanya-tanya. Meh sini Sab nak ceritakan sikit tentang tempat ni. Villa harapan ni lebih kurang macam rumah orang tua-tua. Tapi dia lebih meluas sebab bukan semua yang berada dekat sini orang tua. Orang muda pun ada. Kalau tak salah, paling muda dekat sini berumur dalam lingkungan 20an. Actually, kebanyakan yang berada di sini mempunyai masalah berkaitan dengan mental. Mula-mula sampai dulu, takut juga sebenarnya tapi bila dah kenal, Alhamdulillah takde masalah pun nak handle diorang. Ada lebih kurang 1++ tanggungan di sini tapi hanya 30 orang sahaja yang dikeluarkan masa program hari tu.
5 KUMPULAN YANG DIBAHAGIKAN
Sebelum ke sana, banyak kali juga la kitorang cancel tarikh. Kejap ada program lain la, kejap itu la, kejap ini la sampai kena marah sebab buat program last minit tapi Alhamdulillah settle juga. Banyak persediaan sebelum ke sana kitorang buat. Seperti contoh, buat kutipan sumbangan dari sudut kewangan, mengumpul pakaian seperti baju kurung untuk disumbangkan, menyediakan hadiah dan cenderamata and banyak lagilah. Kitorang memang dah dipesan dari awal "Kalau nak bagi hadiah, make sure semua dapat. Kalau 30 orang client, 30 orang la kena dapat hadiah". Perghhh dup dap dup dap dengar.
30 ORANG YANG BERSAMA MENJAYAKAN PROGRAM
Bila dah sampai, barulah tahu kenapa. Rupa-rupanya diorang ni berkelakuan seperti kanak-kanak. Kalau tengok orang lain dapat, diorang tak dapat, diorang mesti akan memberontak nak kan juga apa yang orang lain dapat. Nasib baik la cukup hadiah hari tu. Kalau tak, tak tahu la macam mana. Client yang kitorang handle hari tu dikatakan client yang hampir pulih a.k.a. under control. Kira boleh control daripada yang lain la. Semua bangsa ada dekat sini (Melayu, India, Cina) tapi memandangkan kitorang semua Islam, hanya yang beragama Islam sahaja dikeluarkan untuk bersama menjayakan program dengan kitorang.

Banyak juga la aktiviti yang dijalankan dengan diorang ni. Macam-macam keletah. Kelakar pun ada, sedih pun ada juga. Mula-mula terfikir juga apa aktiviti yang sesuai untuk diorang. Yela. Takut diorang taknak main nanti, haruk dibuatnya tapi Alhamdulillah semuanya berjalan mengikut apa yang dirancang. Antara aktiviti yang dibuat ialah 1) senamrobik 2) ice-breaking 3) lukis logo kumpulan 4) persembahan logo 5) kotak beracun 6) belon berair 7) isi air dalam botol 8) bowling kelapa 9) lawan kekuatan tangan 10) berwudhu' dan solat berjemaah. Dalam tak tahu nak buat apa, banyak juga yang berjalan dalam tempoh tak sampai 12jam tu.
1) SENAMROBIK
2) ICE-BREAKING
3) LUKIS LOGO KUMPULAN
4) PERSEMBAHAN LOGO
5) KOTAK BERACUN
6) BELON BERAIR
7) ISI AIR DALAM BOTOL
8) BOWLING KELAPA
9) LAWAN KEKUATAN TANGAN
10) BERWUDHU' DAN SOLAT BERJEMAAH
PENYAMPAIAN HADIAH DAN PERSEMBAHAN
Just nak share dengan semua pembaca yang sudi membaca celoteh yang tak seberapa ni. Actually tempat ni sangat-sangat memerlukan bantuan dari semua pihak. Terutama sekali dari sudut kewangan. Boleh juga hantarkan pakaian, makanan mahupun apa sahaja keperluan kepada mereka. Boleh terus ke tempat ni. Diorang menerima semua tetamu dengan hati terbuka. InsyaAllah. Pemilik tempat ni atau dalam bahasa senangnya pengetua a.k.a. pengarah tempat ni berbangsa India tetapi hatinya masyaAllah tersangatlah baik sebab even dia berbangsa India, dia sanggup menjaga semua bangsa tanpa mengira agama.

Sampai sini saja serba sedikit perkongsian daripada Sab.
Terima kasih sudi membaca. Bye!

P/s: Bagi sesiapa yang sedang mencari tempat untuk berprogram, Sab sangat sarankan supaya korang berprogram di sini. Boleh merasai sendiri pengalaman yang berharga di sini.

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

9 comments:

  1. bagus join program² seperti ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat bagus. Dapat buka minda kita orang muda ni ^_^

      Delete
  2. Disebalik kekurangan mereka, ada kelebihan masing-masing. Sambil-sambil berprogram, kita pun boleh muhasabah diri kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Disebalik kekurangan pasti ada kelebihan. Alhamdulillah dapat mendalami dan menghayati keadaan mereka di sana.

      Delete
  3. menarik sgt program ni..harap korang dpt buat lg program cmni,dekati masyarakat,fahami mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah harap sangat satu hari nanti dapat kembali berprogram di tempat sebegini.

      Delete
  4. Assalamualaikum. Sis. bole dptkn contact sis utk brtnyakn brkaitan program ini?

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum... Boleh call sy utk sy dptkn cara pendaftaran? Dan syarat utk dptkn perkhidmatan ini. 0163305142

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori... U need to contact with the owner... I'm not the owner actually

      Delete