بسم الله الرحمن الرحيم
First of all nak ucap terima kasih kepada pemilik blog, Cik Yanie sebab sudi jemput Sab untuk join segmen yang Insyaallah memberi manfaat kepada semua pihak. Kalau ada yang sudah tahu, Insyaallah perkara sebegini dapat menaambahkan lagi ilmu pengetahuan yang sedia ada tapi bagi sesiapa yang kurang mengetahui atau tidak mengetahui, mungkin ini merupakan perkara atau pelajaran baru. Sab akan cuba senaraikan dan jelaskan serba sedikit berdasarkan kefahaman Sab tentang solat sunat tersebut Insyaallah. Kalau nak ikut join, just klik banner di atas ni ok!
1) SOLAT SUNAT RAWATIB
Pernah dengar tentang solat sunat rawatib? Rasanya semua orang tahu tetapi jarang-jarang sekali diamalkan sedangkan ibadah sunnah yang paling utama di dalam ibadah solat ialah solat sunat rawatib. Solat sunat rawatib ini ialah solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu. Masa sekolah dulu, Sab dan kengkawan selalu diingatkan untuk melakukan solat sunat rawatib ini kerana kata cikgu Sab solat sunat ini bertujuan untuk menampung kecacatan atau dalam erti kata lain menampung lubang yang dilakukan pada solat fardhu.
2) SOLAT SUNAT DHUHA
Solat sunat dhuha ini ialah solat sunat yang dilakukan dalam waktu dhuha iaitu waktu di antara Solat Subuh dan Solat Zohor. Tapi bukan sepanjang masa. Kebiasaannya, solat sunat dhuha ini dilakukan di antara waktu 7.30 pagi sehingga 10.00 pagi. Kebiasaannya solat sunat dhuha ini dikaitkan dengan rezeki. Cikgu Sab dulu pernah cakap, siapa yang rajin solat sunat dhuha, Insyaallah rezekinya akan sentiasa dimurahkan dan dipermudahkan. Rezeki ni bukan dari sudut kewangan je tau, luas sebenarnya skop rezeki ni.
3) SOLAT SUNAT GERHANA
Solat sunat gerhana? Apa tu? Ok macam ni. Kebiasaannya solat sunat gerhana ini dilakukan apabila berlakunya gerhana matahari atau gerhana bulan. Jadi dapatlah difahami di sini bahawa solat sunat ini sangatlah jarang dilakukan kerana ianya hanya dilakukan ketika berlaku fenomena ini. Sab pernah baca satu ayat ni, "Apabila berlakunya gerhana, maka sedarlah bahawa Allah sedang memberitahu kita bahawa bulan/matahari itu sedang sakit". Jadi, kita dituntut untuk bersolat dan berdoa agar apa yang berlaku, berlalu pergi.
4) SOLAT SUNAT WITIR
Solat sunat witir dikenali sebagai solat sunat penutup. Hal ini kerana solat sunat witir ini dilakukan selepas selesai semua solat. Masihkah kau ingat pada solat sunat yang dilakukan dalam rakaat yang ganjil sesudah solat terawih itu? Ya. Itulah solat sunat witir. Solat sunat witir ini perlu dilakukan di dalam jumlah yang ganjil. Bagi sesiapa yang berqiamulail, solat sunat ini kebiasaannya dilakukan sesudah semua solat sunat dilakukan. Manakala yang tidak berqiamulail, boleh melaksanakannya setelah selesai solat fardhu Isyak.
5) SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
Fuyyooo. Sab cakap pasal solat sunat istikharah la. Haha. Bila bercakap pasal istikharah, kebanyakan mentaliti akan terpandu hanya kepada satu perkara iaitu C.I.N.T.A. dalam erti kata lain jodoh. Sebenarnya, solat sunat istikharah ini dilakukan bagi memohon petunjuk daripada kekasih abadi kita iaitu Allah SWT tidak kiralah dalam soal jodoh atau dalam soal pemilihan tempat bekerja atau dalam soal pemilihan tempat belajar atau apa-apa sahaja yang kita rasa kita perlukan bantuan dan petunjuk dari yang Maha Esa. Fahamkan?
selamat bersegmen.
ReplyDeletememang bermanfaat segmen ni :)
Thank you sudi singgah sini ^_^
DeleteJALAN2 DARI http://jmbelog.blogspot.my/2016/01/segmen-jom-solat.html
ReplyDeleteThank you sudi singgah sini ^_^
DeleteSelamat bersegmen hehe
ReplyDeleteThank you ^_^
DeleteSinggah dari segmen yang sama :) Selamat bersegmen :)
ReplyDeletehttp://khairul-nisya.blogspot.my/2016/02/segmen-jom-solat.html
^_^
Delete^_^
ReplyDelete