Friday, 15 January 2016

Mini Giveaway By Si Chubby

http://sichubbyy.blogspot.my/2016/01/first-segmen-mini-giveaway-by-si-chubby.html
بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua. Rasa macam lama tak munculkan diri. Hehe. Takde la lama sangat pun. Sehari je tak dapat update. Sibuk berkejar ke sana sini. Ok. Hari ni rasa macam nak join giveaway lagi. Thank you to blogger Si Chubby sebab sudi datang jemput Sab. Syarat yang dinyatakan takde la susah. Blogger Si Chubby ni minta kita jawab soalan dia if kita join her giveaway. Insyallah Sab akan cuba jawab sebaik mungkin. Sab jawab satu per satu boleh kan? Hehe. Kalau nak jawab sekaligus, rasa macam panjang berjela pulak jawapannya nanti.

SOALAN PERTAMA: Apa impian korang yang sebenarnya?
Nak cakap pasal impian, rasa macam banyak sangat impian Sab sebenarnya. Impian yang paling besar dalam hidup Sab of course nak berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang di dalam hidup. Kalau cakap macam tu, rasa macam semua orang ada impian hidup yang sama. Tipu la kalau ada orang cakap dia taknak berjaya. Sab nak cakap pasal satu lagi impian besar Sab that is ingin dikenali oleh seluruh penduduk yang berada di muka bumi ini. Haa. Pelik betul. Kenapa Sab pasang impian macam ni? Bukan sebab Sab nak jadi famous ye. Cuma Sab ni sangat sukakan perkenalan. Ewah. Macam bercinta pulak. Bila orang kenal kita, orang akan cari tahu pasal kita. Bila orang cari tahu pasal kita, kita akan dikenali, bila kita dikenali, kita pasti akan diingati. Bukan minta untuk dikagumi, cuma minta untuk dikenali.

SOALAN KEDUA: And apa usaha korang untuk mencapai impian tu?
Usaha Sab untuk memenuhi impian Sab yang satu ni banyak sebenarnya. And salah satunya is dengan mewujudkan akaun blog Sab ni. Melihat kepada zaman serba canggih sekarang ni, Sab rasa ramai pihak dikenali melalui media-media sosial like facebook, twitter, youtube, vlog and of course la blog sendiri. So tak mustahil la kalau satu hari nanti, Sab juga akan dikenali seperti pihak-pihak yang lainnya. Mesti ada yang cakap, Tinggi betul angan-angannya. Perasan betul. Dia ingat dia siapa orang nak kenal. Pedulikan apa yang orang lain cakapkan. Anggap je apa yang diperkatakan tu as pembakar semangat untuk teruskan usaha. Kalau asyik fikirkan pasal orang, rugilah hidup sebab hidup kita biar kita yang tentukan. Bukan kata-kata manusia jadi penentuan.

SOALAN KETIGA: Kalau tidak tercapai ,apa korang akan lakukan?
Kalau tak tercapai nak buat apa. Kalau tak tercapai nak buat. Kalau tak tercapai nak buat. Ok. KALAU la tak tercapai, Sab tetap takkan berputus asa untuk mencapaikannya. Dah nama pun impian, mestilah kita akan usaha untuk dapat apa yang kita impikan. Kalau tak dapat juga, mungkin bukan rezeki agaknya. Tapi tak boleh putus asa. Usaha kena sungguh-sungguh. Kita akan dapat setimpal dengan apa yang kita usahakan. Lagipun impian Sab ni takde had masa. Kalau impian tu ada limit, macam nak berjaya dalam UPSR, PMR, SPM ke, lain la. Memang kena struggle la jawabnya. Impian Sab hanya nak dikenali ramai. Mana ada orang dikenali ramai dalam tempoh yang pendek. Dato Seri Vida pengasas Qu Puteh yang juga manusia biasa itu boleh berjaya mengenalkan dirinya pada orang ramai, kenapa tidak kita? Renung-renungkan dan selamat beramal.

Dah selesai menjawab kesemua soalan yang dikemukakan, maka sekarang turn Sab untuk ajak a.k.a. jemput dua orang blogger untuk join this giveaway. Sab rasa macam nak tagging-tagging blogger Raihanah and blogger Haziqah. Yang tidak ditag tu pun join la eh. Jangan malu jangan segan. Nak hadiah tak boleh memalu. Sampai sini je dulu.

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

10 comments:

  1. Goooodluck kak , opi pun join ^^ tapi guna blog lagi satu ^^

    http://mykawaaiiionlinediary.blogspot.my/2016/01/first-segmen-mini-giveaway-by-si-chubby.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you yunk. Orait nanti akak jenjalan sana ok ^_^

      Delete
  2. tq yunk tag kite. nanti rrai join yee

    ReplyDelete
  3. nak join la... mcm menarik soalan sab nih bcoz tak pernah tanya pada diri sendiri pulak before this.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Join la. Memeriahkan lagi segmen ni ^_^

      Delete