Sunday, 8 May 2016

Happy Mother's Day Mama !!

Image result for selamat hari ibu
بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SELAMAT HARI IBU | HAPPY MOTHER'S DAY

Every day is mom's day tapi rasanya tak salahkan kalau kita nak meraikannya. Alaa... Bukan party yang sampai melalaikan pun. Just wish. Makan-makan ke, bagi hadiah ke. Tak salah rasanya. Bukan selalu pun kita buat. Nak appreciate pengorbanan seorang ibu tu tak susah sebenarnya tetapi teramatlah jarang kita buat even hanya dengan mengucapkan ucapan 'Terima Kasih'. Betul tak? So, tak salah la rasanya nak happy kan dia sekali sekala. Setuju? Hihi.

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia tidak kiralah yang sudah lama menjadi ibu atau yang baru sahaja menjadi ibu atau yang bakal menjadi ibu tidak lama lagi. Sejahat mana sekalipun seorang ibu, dia tetap ibu yang mengandung, melahir dan menyusukan kita tanpa sebarang keluhan dari tapak kaki sebesar dua jari sehinggalah tapak kaki dah besar mengalahkan saiz tapak kakinya.

Hargailah ibu, mak, ummi, mama, mamy kita selagi nyawa dikandung badan. Satu dan tiada gantinya. Mereka adalah anugerah Allah yang paling hebat dan tiada tandingannya. Kepada yang telah kehilangan ibu, berbuatlah kebaikan demi untuk menolong mereka di sana. Amalkan segala yang telah meeka ajari. Sedekahkan al-Fatihah untuk mereka serta doakan agar mereka bersama dengan orang soleh solehah. Insyallah 
           
To my Mama, NorHashimah binti Ismail, Happy Mother's Day Mama. You're the best mama in the world. Eventhough kita ni tak boleh bersua muka, asal nampak muka, mesti nak gaduh, tapi I love you so much mama. Takde seorang pun yang boleh gantikan tempat mama dalam hati along. Rindu nak dengar mama cakap "Along masaklah. Mama tak reti la nak masak". Hahaha. Ayat keramat yang sebenarnya nak menunjukkan mama malas nak masak. Cuma mama taknak berterus terang. Hahaha. Kelakar kot.

Thank you thank you and thank you so much mama dah kandungkan along, dah lahirkan along, dah susukan along, bagi makan sampai dah 'besar' macam ni, ajar cara nak jadi surirumah tangga yang berjaya, hantar ke sekolah sampailah along berada di tahap yang sekarang ni. Segala jasa dan pengorbanan mama tak dapat along balas. Doakan semoga anak mama ni berjaya dunia dan akhirat. Nanti along balik, kita 'gaduh-gaduh' lagi ye mama. Hehehe. Dah macam salam perantauan pulak. Padahal dah nak balik.
Image result for i love you mama
Ok taknak sedih2. Hari Ibu bukan untuk sedih. That's all from me. Bye !

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

4 comments:

  1. Betul tu tak salah pun..Bukannya sampai rosakkan Aqidah..Nawaitu penting.. :)

    Selamat Hari Ibu kepada Ibu di seluruh dunia.. ♥

    ReplyDelete