Friday, 13 May 2016

Happy Bornday Brother !!


بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

HAPPY BIRTHDAY TO YOU | HAPPY BIRTHDAY TO YOU | HAPPY BIRTHDAY TO WAFI | HAPPY BIRTHDAY TO YOU

ALLAH SELAMATKAN KAMU | ALLAH SELAMATKAN KAMU | ALLAH SELAMATKAN ABDUL WAFI |ALLAH SELAMATKAN KAMU
Hey you my dear! Just nak ucapakan "Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran" yang ke-20 pada tahun ni (13/5/1996-13/5/2016). Dah 20 tahun adik aku sorang ni. Pejam celik pejam celik dah besar dah kita. Hahaha. Btw, along takde banyak gambar dengan kau. Along main bedal je gambar mana yang ada. Hehehe. Umur dah jejak angka dua dah sekarang ni. Dah tak boleh buat perangai macam umur belasan tahun dulu lagi dah.

Kita kena berubah. Even tak belajar tinggi, tapi buktikan dekat semua orang that orang yang tak belajar tinggi pun boleh berjaya. Jangan perlekehkan kehidupan kita. Benda yang dah lepas, biar berlalu. Teruskan kehidupan macam biasa. Kerja kuat dari sekarang kalau nak hidup senang kemudian hari. Tak mau berhenti2 kerja lagi. Sekarang masa untuk kumpul duit. Bukan masa enjoy dengan kawan2 macam dulu lagi.

Ingat Fi, kawan ada masa kita senang je. Masa kita susah, sorang pun tak pedulikan kita. Jangan ingat sangat kawan2 yang macam ni. Kawan semua dah kahwin, tinggal kita sengsorang. Diorang masing2 dah bahagia dengan cara diorang. So kita tunggu apa lagi? Kita boleh bahagia lebih dari diorang la. Ingat Fi, kebahagiaan mama abah lebih penting daripada kebahagiaan kawan2. Mama abah bahagia dengan kita, beerti mama abah redha dengan kita. Mama abah redha dengan kita, bahagia dunia akhirat. InsyaAllah

Along doakan adik lelaki along sorang ni berjaya dunia akhirat. Dimurahkan rezeki sentiasa. Boleh la support along nanti. Hehe. Hidup kena berubah. Dari yang tak baik kepada yang baik. Daripada yang baik kepada yang lebih baik ok. Jangan patah balik. Kehidupan sekarang dah baik. Lupakan kehidupan yang dulu. Semua manusia Allah cipatakan berguna. Takde satu pun yang Allah ciptakan tanpa guna. Ingat tu!!

Last but not least, along sayang adik2 along sangat2. Tak pernah tak sayang, tak pernah tak rindu. Even kita dah lama berjauhan, jarang berjumpa dan jarang bersua, ikatan antara kita tak pernah dan tak akan terputus. ILOVE YOU SO MUCH dear. Sampai sini je ucapan dan nasihat yang tak seberapa dari kakakmu ini. Ingat along selalu tau. Bye!

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

No comments:

Post a comment