Monday 25 January 2016

Banting!! Kedai Makan Wak Apong

بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ni rasa macam nak review salah satu kedai makan dekat area Banting. Kedai makan ni terletak di Kanchong Darat. Kalau dari Banting, jumpa simpang 4 dekat Kanchong Darat ambil simpang ke kiri tapi kalau dari Morib jumpa simpang 4 Kanchong Darat tu, straight je. No belok2 ok. Banting sekarang memang sedang hangat dibualkan. That's why la Sab rasa macam nak cerita pengalaman makan dekat sana. Nanti senang la kalau korang nak cari makanan yang best masa korang jejak sana.
Dah dekat musim cuti sekolah kan? Mesti ada yang nak bawa keluarga bercuti. Bila bercuti mestilah nak makan.
Kalau dari Banting, lepas korang masuk je simpang 4 Kanchong Darat tu, korang boleh nampak kedai makan ni di sebelah kanan korang samalah juga kalau korang dari Morib. Kalau tengok dari luaran kedai, takde lah nampak mewah macam kedai2 baru yang lain. Kedai ni kalau tak salah Sab dah more than 30 years dibuka. Kedai ni bersebelahan dengan kedai gunting rambut. Ada banner kecil je ditampal dekat kedai ni. Dekat banner tu ada tulis nama pemilik kedai tersebut that is Abdul Rahim bin Sali.

Sab ni tak pentingkan sangat rupa kedai atau apa nama pemilik kedai tu. Yang pentingnya ialah rasa makanan yang dihidangkan dekat kedai berkenaan. Orang pernah cakap, hidup kita biar makin tua jadi seperti kelapa. Makin tua kelapa berkenaan makin pekat santannya. So, Sab rasa kedai ni memang mengikut pepatah ni. Bila dah bagitahu that kedai ni dah beroperasi lebih dari 30 tahun, secara logiknya pasti ada something yang membuatkan kedai ni bertahan. And Sab rasa Sab dah temui apa rahsianya.

Here we go!

Dekat kedai ni memang takde hidang nasi campur ke apa ke. Sab mula2 pun tak tahu nak makan apa. Sab disuggest untuk makan nasi ayam. So, Sab pun cuba la. For the first time Sab makan, perghh memang sedap gila. Nasi dia memang sangat banyak. Kenyang la kalau makan tengahari. Sambal dia tu yang buatkan Sab terngiang-ngiang sampai sekarang. Pekat + manis dimakan pulak dengan ayam yang lembut. Fuhhh terbayang-bayang. Tambah dengan sup panas lagi. RM5 sepinggan tapi berbaloi-baloi.
Image result for gambar nasi ayam
Gambar sekadar hiasan
Bukan nasi ayam je yang Sab pernah makan. Orang dah banyak kali pergi memang banyak benda dah rasa. Hehe. Ni kedai orang jawa tau. Memang banyak makanan popular jawa terhidang dekat sini. Sab pernah try rojak mee diorang. Sab mula2 pelik jugak sebab selalunya makan rojak buah. Tak pernah la tahu pasal rojak mee. Kalau dekat Penang, orang panggil pasembor tapi takde la mee tapi dekat sini dia letak mee. Mungkin ramai yang pernah makan rojak mee ni but bukan Sab la.
Image result for rojak mee
Gambar sekadar hiasan
Rojak mee ni isi dia banyak tau. Ada kuih udang, ada kentang rebus, ada telur rebus, ada tauhu goreng, ada timun sikit, ada taugeh sikit. Kuahnya ada dua jenis tau. Kuah pedas and ada kuah manis. Dua2 kari. Tapi ada beza. Yang pedasnya ada campuran labu sikit and kalau yang manis ni macam kuah kacang tapi bukan kuah kacang yang pekat tu la. Selalunya Sab memang makan campur je. Ada pedasnya ada manisnya. Memang ngam. Ok dah terliur. Serious sedap. Ini betul2 bukan cubaan.
Image result for nasi goreng ayam
Gambar sekadar hiasan
Kedai ni awal2 pagi lagi dah beroperasi. Seawal 6.30 pagi la Sab cakap. Kalau pagi2 orang datang makan sarapan la. Sab taknak hurai pasal sarapan dekat sini. Kalau nak tahu boleh pergi tengok sendiri. Sab jugak pernah makan nasi goreng ayam dekat sini tau. Nampak macam biasa je tapi bila dah rasa, mak oi bukan main sedap lagi. Satu lagi yang famous dekat sini is mee hailam. Memang ramai yang datang sana sebab nak makan mee hailam diorang. Ayam dia banyak. Mee pun banyak. Puas hati!!
Image result for mee hailam
Gambar sekadar hiasan
Disebabkan Sab selalu datang makan sana la Sab boleh cerita dengan korang. Sab takkan cerita benda yang bukan2 or benda yang Sab tak lalui. Kalau tak percaya jugak, boleh jejak sendiri ke sana. Sab ni kalau makan nasi ayam, memang cerewet. Cerewet dengan ayam, cerewet dengan sambal and cerewet dengan sup nya. Tapi bila Sab makan dekat sini, jujur Sab bagitahu Sab memang puas hati. Tak mampu nak komen yang tak baik sebab memang sedap. Banyak kali dah rasanya Sab puji. Hehe

Memang tak dinafikan, banyak lagi kedai2 baru berdekatan dengan kedai ni tapi kalau difikirkan logik la, antara kakak yang masak dengan mak yang masak, kita mesti lagi nak makan makanan yang mak masak kan? Setiap orang citarasanya lain2 tapi this is the best. Serious korang kena try kalau pergi area sana. Rugi kalau tak rasa masakan orang lama ni. Setakat ni je coretan Sab pasal air tangan orang lama ni. Thank you luangkan masa korang untuk baca coretan tak seberapa di sini. Bye

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

8 comments:

  1. sllnya kedai2 lama ni masakn lbh sedap berbanding kedai br bukak yg nmpk sedap tp rs biasa je

    jemput join GA sy tau... http://munirahmustafar84.blogspot.my/2016/01/jom-tambah-kawan-blogger.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2... tp selalunya org akan pandang rendah pd kedai lama yg tak cantik bbanding kedai baru yg nampak gah tp rasa makanannya biasa2 je...

      Delete
  2. yummy, it looks delicious ^^
    btw, in Indonesia I still like to eat at a small restaurant, too ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously delicious. Visit here when you come Malaysia ^_^

      Delete
  3. Assalamualaikum, saya berada di kanchong darat dan merancang utk makan di kedai wak apong ni. Tapi tak jumpa jika follow instruction puan. Boleh bantu? 0176637074

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sudi singgah sini ^_^ Maaf lambat reply

      Delete