Thursday 30 June 2016

Terus Mencintaimu by Wanns Ahmad

https://www.youtube.com/watch?v=UVgJ7IYk5yc
بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hai semua. Hari ni rasa macam nak type lirik lagu la pulak. First time dengar lagu ni, terus terngiang-ngiang sampai sekarang. Then lagu ni famous melalui drama Lambaian Ramadhan di tv3. Sanggup tunggu sampai habis semata-mata nak tengok apa tajuk lagu ni. Sedap sangat liriknya. Then Sab pun search la dekat google. Bila dah search dekat google, search pulak dekat youtube. Nak tengok video dia. Penyanyi dia handsome. Muka dia ada iras2 hero dalam cerita Love in Paris kalau tak salah. Drama indonesia. Sab memang minat dengan hero tu. Tak sangka pula Malaysia pun ada hero muka macam tu. Yang paling penting dagu kita sama tau. Dagu mahal sedunia. Hehe.

  • Biarkanlah ku terus mencintai kamu,
  • Mencinta seperti waktu dulu,
  • Ku rindu saat kita bersama,
  • Mengikat kasih bahagia.
  • Ku mahu kau tahu kau selalu di hatiku,
  • Tak mungkin ku kan ada yang baru,
  • Ku mahu engkau selalu tahu,
  • Dirimu cinta matiku.
  • Biarkanlah saja ku terus merindu,
  • Merindu dirimu,
  • Biarkanlah saja aku menyimpan kasih kepadamu.
  • Ku mahu engkau selalu ada di sini,
  • Menemani setiap malamku yang sunyi,
  • Ku sedar kita takkan mungkin bersama.


Image result for wanns ahmadImage result for wanns ahmad

Yes!! Ku sedar kita takkan mungkin bersama Wanns Ahmad. Hahaha. Sab doakan semoga Wan Nursalam Wan Ahmad terus maju dalam bidang seni ni ye. Ameen Insyaallah. Actually Sab ada dua orang kenalan yang menggunakan nama Wan Ahmad. Cuma diorang Redzuan la. Bukan Wan. Sampai sini dulu. Klik banner di atas untuk tonton video lagu ni.

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

Wednesday 29 June 2016

Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan, Melaka

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ni rasa macam nak cerita pasal tempat berprogram hari tu. Dah lama sebenarnya program ni diadakan. Kalau tak salah, 26/2/2016 hari tu. Cuma baru sekarang sempat nak cerita. Program ni under subjek Psikologi Dari Perspektif Islam. Lecturer subjek ni memang berharap sangat kitorang dapat berprogram dekat sini. Dapat menyelami dan merasai sendiri bagaimana bila kita berada di tempat sebegini. Betul apa yang lecturer kitorang tu cakap. Serius dapat rasa. Sayu je hati bila dekat sini. Terbayang juga macam mana la kalau diri sendiri ditinggalkan di sini suatu hari nanti. Allah. Minta dijauhkan. Ameen InsyaAllah.

Sebelum semua orang tertanya-tanya. Meh sini Sab nak ceritakan sikit tentang tempat ni. Villa harapan ni lebih kurang macam rumah orang tua-tua. Tapi dia lebih meluas sebab bukan semua yang berada dekat sini orang tua. Orang muda pun ada. Kalau tak salah, paling muda dekat sini berumur dalam lingkungan 20an. Actually, kebanyakan yang berada di sini mempunyai masalah berkaitan dengan mental. Mula-mula sampai dulu, takut juga sebenarnya tapi bila dah kenal, Alhamdulillah takde masalah pun nak handle diorang. Ada lebih kurang 1++ tanggungan di sini tapi hanya 30 orang sahaja yang dikeluarkan masa program hari tu.
5 KUMPULAN YANG DIBAHAGIKAN
Sebelum ke sana, banyak kali juga la kitorang cancel tarikh. Kejap ada program lain la, kejap itu la, kejap ini la sampai kena marah sebab buat program last minit tapi Alhamdulillah settle juga. Banyak persediaan sebelum ke sana kitorang buat. Seperti contoh, buat kutipan sumbangan dari sudut kewangan, mengumpul pakaian seperti baju kurung untuk disumbangkan, menyediakan hadiah dan cenderamata and banyak lagilah. Kitorang memang dah dipesan dari awal "Kalau nak bagi hadiah, make sure semua dapat. Kalau 30 orang client, 30 orang la kena dapat hadiah". Perghhh dup dap dup dap dengar.
30 ORANG YANG BERSAMA MENJAYAKAN PROGRAM
Bila dah sampai, barulah tahu kenapa. Rupa-rupanya diorang ni berkelakuan seperti kanak-kanak. Kalau tengok orang lain dapat, diorang tak dapat, diorang mesti akan memberontak nak kan juga apa yang orang lain dapat. Nasib baik la cukup hadiah hari tu. Kalau tak, tak tahu la macam mana. Client yang kitorang handle hari tu dikatakan client yang hampir pulih a.k.a. under control. Kira boleh control daripada yang lain la. Semua bangsa ada dekat sini (Melayu, India, Cina) tapi memandangkan kitorang semua Islam, hanya yang beragama Islam sahaja dikeluarkan untuk bersama menjayakan program dengan kitorang.

Banyak juga la aktiviti yang dijalankan dengan diorang ni. Macam-macam keletah. Kelakar pun ada, sedih pun ada juga. Mula-mula terfikir juga apa aktiviti yang sesuai untuk diorang. Yela. Takut diorang taknak main nanti, haruk dibuatnya tapi Alhamdulillah semuanya berjalan mengikut apa yang dirancang. Antara aktiviti yang dibuat ialah 1) senamrobik 2) ice-breaking 3) lukis logo kumpulan 4) persembahan logo 5) kotak beracun 6) belon berair 7) isi air dalam botol 8) bowling kelapa 9) lawan kekuatan tangan 10) berwudhu' dan solat berjemaah. Dalam tak tahu nak buat apa, banyak juga yang berjalan dalam tempoh tak sampai 12jam tu.
1) SENAMROBIK
2) ICE-BREAKING
3) LUKIS LOGO KUMPULAN
4) PERSEMBAHAN LOGO
5) KOTAK BERACUN
6) BELON BERAIR
7) ISI AIR DALAM BOTOL
8) BOWLING KELAPA
9) LAWAN KEKUATAN TANGAN
10) BERWUDHU' DAN SOLAT BERJEMAAH
PENYAMPAIAN HADIAH DAN PERSEMBAHAN
Just nak share dengan semua pembaca yang sudi membaca celoteh yang tak seberapa ni. Actually tempat ni sangat-sangat memerlukan bantuan dari semua pihak. Terutama sekali dari sudut kewangan. Boleh juga hantarkan pakaian, makanan mahupun apa sahaja keperluan kepada mereka. Boleh terus ke tempat ni. Diorang menerima semua tetamu dengan hati terbuka. InsyaAllah. Pemilik tempat ni atau dalam bahasa senangnya pengetua a.k.a. pengarah tempat ni berbangsa India tetapi hatinya masyaAllah tersangatlah baik sebab even dia berbangsa India, dia sanggup menjaga semua bangsa tanpa mengira agama.

Sampai sini saja serba sedikit perkongsian daripada Sab.
Terima kasih sudi membaca. Bye!

P/s: Bagi sesiapa yang sedang mencari tempat untuk berprogram, Sab sangat sarankan supaya korang berprogram di sini. Boleh merasai sendiri pengalaman yang berharga di sini.

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

Duit Raya Giveaway by SpendaLusuh

بسم الله الرحمن الرحيم
Duit raya lagi. Jom ramai-ramai join! Mana la tahu ada di antara kita yang bertuah untuk dapatkan duit raya. Klik banner di atas untuk join ok! Rugi la siapa yang tak join.
Semoga Sabrina bertuah dan berjaya dapat duit raya dalam segmen ni. Ameen

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016

http://reenri.blogspot.my/2016/06/peraduan-duit-raya-mulai-27-jun-5-julai.html
بسم الله الرحمن الرحيم
Seronoknya dapat duit raya. Makin besar makin memerlukan duit raya. Hehe. Siapa taknak duit raya, jangan join ok. Bagi siapa yang nak, korang boleh klik bbaner di atas untuk join ok! Hadiahnya lumayan tau. Rugi la siapa yang tak join.

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

Monday 27 June 2016

Layan Lagu Raya di Blog Yura

Image result for rayaImage result for raya
بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pagi-pagi lagi dah layan lagu raya. Hehehe. Actually dah lama tak layan lagu raya. Almaklumlah dah dua tahun puasa penuh di rumah. Tahun lepas habis diploma, memang berpuasa penuh di rumah la. Tahun ni pula sem break sebelum puasa sampai la dua minggu lepas raya. Puasa penuh di rumah lagi la jawabnya. 8 tahun yang lepas tak pernah puasa penuh di rumah. So, setiap kali puasa konfem dengar lagu raya. Seronok je layan lagu raya. Tak sabar-sabar nak balik pun ada. Hehehe. Lumrah anak perantauan. Biasa la. Feeling lebih sikit.

Pagi ni tengah blogwalking, singgah ke blog YURA. Masuk je ke blog dia terus keluar lagu raya. Keluar lagu raya bukan main meriah lagi. Hilang ngantok Sab pagi ni. Sampai taknak move on dari blog dia. Tengah taip ni pun still dengar lagu raya dari blog dia. Hehehe. Seronok. Rasa macam dah lama tak dengar lagu raya pulak.

Ok lah. Nak layan lagu raya ni. Kalau korang nak dengar juga, klik dekat link yang Sab bagi tu ye. Sampai sini dulu. Bye!!

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

Spicy Ramen Samyang Dah Sampai !!

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga la nak merasa mee segera yang baru-baru ni sedang hangat diperkatakan. Dekat mana-mana je mesti dengar pasal mee segera. Dekat facebook la yang paling kecoh. Kejap halal kejap tak halal. Bagi yang masih meragui tentang status halal mee segera ni, dekat sini Sab ada nyatakan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jakim sendiri. Ataupun korang boleh direct baca dekat SINI. Kalau rasa tak yakin juga, better korang tak payah makan la. Lebih senang daripada terpaksa berbalah halal haram sesuatu.

Sab dengar lagi, mee segera ni tak dijual di semua tempat. Ramai tang cakap mee segera ni hanya boleh ditemui di Aeon sahaja. Hebat juga ea. Sampaikan penjualan mee segera ni pun terhad dekat tempat-tempat tertentu je. Orang cakap pedas sangat sangat dan tersangat sangat. Haa banyak betul sangatnya. Nampak sangat terlampau pedas. Betul ke? Sab tak makan lagi sebab nak tunggu adik Sab balik dari poli dulu. Dah janji nak makan dengan dia. Mohon balik cecepat.

Cakap pasal mee segera ni. Nak tahu Sab dapat daripada mana mee ni? Sab tak beli tau. Sab dapat. Macam ni ceritanya. Baru-baru ni Sab ada join satu giveaway daripada Blogger Rrai dan Alhamdulillah rezeki. Sab merupakan salah seorang yang tercalon untuk menang dalam giveaway berkenaan. Actually dah lama dapat tapi asyik tangguh je nak post entry. Itu yang jadi lambat tu. Apa-apa pun dapat la merasa mee segera yang superb pedas dan superb mahal ni. Katanya satu paket yang ada 5 bungkus tu harganya melebihi RM20. Betul ke? Kalau macam tu, sampai kesudah la Sab tak merasa. Sayang duit. Hehe. Lagipun memang tak terfikir pun nak cari dekat Kedah ni. Kawan Sab cakap dekat Aeon je ada. Jauh bebenor dari rumah.
Ok lah. Sampai sini dulu. Nanti dah makan, Sab update pasal rasa pula. Bye!

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

Again! Penganiayaan Terhadap Kucing #3

Image result for emoticon sedih
بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sekali lagi !!! Sangat kecewa dengan perbuatan manusia yang sangat tidak berhati perut. Tunggulah kau azab dekat sana nanti. Kau buat dia dekat dunia macam ni, mungkin dekat akhirat kelak kau juga akan diperlakukan sebegini olehnya dan mungkin kesakitan yang kau tanggung nanti berlipat kali ganda dari kesakitan yang ditanggung olehnya. Cukuplah menyakiti. Sab yang tengok gambar ni je pun boleh menangis. Kau yang buat tu tak rasa apa-apa ke eh?!! Allahuakhbar. Please stop it



Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

Sunday 26 June 2016

Menang Giveaway NurAlja

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Rezeki datang tanpa diduga. Bertuah sangat rasanya. Baru-baru ni dah terima kad raya dari sis Alja ni. Tetiba terselit juga nombor Sab dalam senarai pemenang. Sab dapat tahu tentang pengumuman pemenang after one week selepas diumumkan. Sab ni memang kurang alert dengan tarikh pengumuman pemenang. Tapi setakat seminggu tu, takde pulak sis Alja cakap nak tukar pemenang. So, Sab kira masih ada rezeki lah. Sab dah pm sponser tapi belum ada reply daripada dia. Maybe sibuk kot. Bersangka baik. Urusan orang kita tak tahu. Dekat bawah ni senarai pemenang under sponser yang sama dengan Sab. Kalau ada apa-apa info, mohon bagitahu Sab ye.

Sab tak salah pandang kan? Hehe. Berkali-kali check. Takut tersalah nombor. Sampai sini je dulu ye. Kalau ada apa-apa info, bagitahu Sab tau. Bye!!

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

Jealous Tengok CPUV Orang


بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jealous tengok CPUV orang? Kenapa nak jealous? Gila tak jealous. Sebab kita takde CPUV la kita jealous. Hehe. Mohon share tips dari pakar yang dah bertimbun-timbun CPUV tu. Kita nak CPUV juga. Plishhhhh. Itu je nak cakap sebenarnya. Bye!!


Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

Saturday 25 June 2016

Poskad DIY by Sally Samsaiman

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mesti semua sedia tahu yang baru-baru ni Sis Sally Samsaiman ada menganjurkan satu giveaway. Alhamdulillah. Rezeki sekali datang bertalu-talu. Sab terpilih sebagai salah seorang PEMENANG dalam giveaway berkenaan. Mula-mula tertanya-tanya juga, apa tu poskad? Bila dah dapat baru la tahu, rupanya poskad tu macam sekeping gambar. Cantik sangat tempat yang ada dalam gambar tu. Colourful. Baru-baru ni tempat yang ada dalam psokad tu masuk dalam tv. Kalau tak salah masuk Bersamamu kot yang episod tunaikan hajat dua beradik yang teringin ke Melbourne. Kalau tak salah Sab la. Dah tak ingat sangat.
 Ni lah tempat yang Sab maksudkan tu.
Siap ada ucapan plus personal card lagi.

Sampai sini dulu. Oo btw thank you Sis Sally sebab sudi bagi hadiah ni pada Sab even Sab dah lambat bagi detail Sab hari tu. Mana tak nya, orang buat pengumuman pemenang pun Sab tak sedar. Seminggu ke berapa hari entah baru perasan. Haha. Ok lah. Bye!!

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".