Saturday 2 January 2016

First GiveAway by Encik Kidal

بسم الله الرحمن الرحيم
Ini hadiah yang paling diinginkan SABRINA
Azam saya pada tahun 2016 ialah:
1) UNTUK MEMPERBAIKI DIRI
Ingin memperbaiki diri ini untuk menjadi seorang wanita yang lebih baik dari sebelumnya. Bukan sebelum ni tak baik ye. Hanya ingin memperbaiki dan menampal kecatatan yang ada pada diri ini agar mampu untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Manusia ak pernah lekang dari melakukan kesilapan kan?
2) MENJADI SEORANG BLOGGER YANG DIKENALI RAMAI
Bersempena dengan baru sahaja mengenali alam blogger ni, azam saya dalam dunia blogger ini ialah untuk menjadi seorang blogger yang dikenali menjadi seorang blogger yang dikenali ramai kerana saya memang seeorang yang sangat terbuka dan sangat suka untuk dikenali. Tak salahkan ada azam macam ni.
3) NAK KUMPUL DUIT
Azam lainnya ialah nak kumpul duit. Nak ajar diri untuk menabung. Ekonomi sekarang sedang melewati alam gawat. Jadi, saya taknak bersenang sekarang bersusah kemudian. Alam student yang saya lalui sekarang Insyaallah membolehkan saya untuk menabung. Sebab tu la sekarang pasang azam macam tu.
4) MEMBANGGAKAN KEDUA IBU BAPA
Ingin membanggakan kedua ibu bapa. dengan menggapai segulung Ijazah seperti mana pernah membanggakan mereka pada zaman Diploma dahulu tetapi sebolehnya ingin menjadi yang lebih baik dan lebih hebat daripada yang sebelumnya seperti yang diangan-angankan oleh mama dan abah. Ameen
5) SEORANG HAMBA YANG SENTIASA TAAT
Last but not least, azam yang sentiasa dan akan sentiasa diperbaharui ialah ingin menjadi seorang hamba Allah s.w.t. yang sentiasa taat dalam mematuhi segala perintah dan sentiasa memperbaiki dan meningkatkan lagi usaha dalam melaksanakan segala yang diperintah oleh-Nya. Taknak malas2 lagi.

Nama Instagram: NURSABRINAABDGHANI
Pihak Yang Ditag: Blogger Farhana & Blogger Akma

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

4 comments:

  1. Thanks join and goodluck for you sis :)

    http://ash-tsukidate.blogspot.my/2016/01/first-giveaway-by-encik-kidal-yawww.html

    ReplyDelete
  2. Singgah sini..daripada giveaway yg sama..gdluck taw hehehe..

    http://apple-crunchh.blogspot.my/2016/01/first-giveaway-by-encik-kidal.html

    ReplyDelete