Friday 1 January 2016

Answer the question from Sarah

بسم الله الرحمن الرحيم
Tagging question again! Huhu. Ini pun sama juga. Actually dah lama Sab kena tag tapi baru sekarang berkesempatan nak jawab. Cuti pun panjang kan. Banyak la masa boleh diluangkan untuk blog Sab yang tercinta ni. Satu hari tak buka pun dah rindu. Macam mana kalau berhari2 tak dapat buka. Ermm tak tahu la nak cakap macam mana. Kalau hari ada kelas memang kurang masa nak blogging plus penat plus mengantuk semua ada la. Lumrah seorang student. Ok. Taknak mengarut panjang2. Kita terus masuk kepada soalan yang diperolehi.

1) NAMA PANGGILAN DALAM BLOG
Memang bahasakan diri as Sab tak kira dalam blog or dekat luar. Dah lama guna nama panggilan ni. Kalau tak salah dari umur 8tahun memang dah start guna nama ni. Kawan yang mula panggil dengan nama ni sebab dia cakap Sabrina is too long. Tak tahu la pulak Sabrina tu panjang. Haha

2) CURRENTLY STUDYING OR WORKING? KAT MANA?
Masih study. Dekat Koleh Universiti Islam Melaka dalam bidang Pengurusan Pembangunan Islam di peringkat Sarjana Muda. Wish me luck ok. Baru je daftar. Hehe

3) PALING MINAT DALAM BIDANG APA?
Kalau as student, memang minat bidang undang2 sebab masa dipploma dulu ambil kos undang2. Undang is adventure. Bila orang dengar pasal undang2, first impression manusia is jenayah jenayah and jenayah. Sedangkan skop undang2 ni sangat2 lah meluas. Bila dah belajar baru la tahu itu ini. Apa yang tak tahu semua tahu. Mungkin pengaruh media sosial juga yang cuma tunjuk undang2 tu jenayah je.
Kalau as perempuan, sangat meminati bidang surirumah. Hahaha. Sounds like funny right. Seriouly Sab memang minat bidang ni. Sab suka buat kerja rumah. Suka mengemas, suka memasak. minat ni muncul because my mom and my dad kerja. So takde orang dekat rumah. Memang dah jadi tugas Sab bila ada dekat rumah. Nak harap adik, erm gigit jari la jawabnya. Tak mahunya dia buat. Tak suka la apa la.

4) SUKA BACA BUKU/NOVEL GENRE APA?
Lemah betul bila ada orang tanya pasal suka baca buku apa sebab Sab ni kurang minat dalam membaca. Kalau setakat baca buku untuk study tu boleh la. Tapi kalau nak layan novel/komik, memang jauh sekali la jawabnya.

5) PALING SELALU BUKA BLOG PUKUL BERAPA DAN HARI APA?
Mengikut kepada kelapangan and tak tentu masa. Kalau hari takde kelas, memang selalu buka. Kalau hari ada kelas, mengikut kepada taraf kerajinan. Sebab bila dah penat, memang malas la nak buka.

6) DESCRIBE YOURSELF PERSONALITIES.
Orang tak kenal semua cakap Sab sombong but bila dah kenal habis terserlah kegilaannya. Even gila2 tapi Sab seorang yang sangat sensitif dan sangat mudah untuk menangis. Even senang menangis but senang dipujuk. Takde la lama sangat merajuk. Sangat mudah leka. Kalau dekat kolej, memang kawan Sab always jadi reminder. Kalau tak, Sab lupa. Even mudah leka tapi Sab sangat teratur. Tak suka tengok semak2. Mesti nak kemas. Rimas + serabut kepala otak. Sab takkan buat banyak benda dalam satu masa melainkan sesuatu tu boleh selesai dalam tempoh masa yang lama, memang Sab mampu buat dua tiga hingga sepuluh kerja sekali dalam satu masa. Puji diri sendiri pulak kan? Hahaha. Tak kisah pun. Cuma kita yang tahu diri kita macam mana. (C&P)

7) DAB BERAPA LAMA/TAHUN BERBLOGGING?
Baru dan tersangatlah baru. Sab start blogging bulan lepas. 4 Disember 2015. So belum sampai sebulan lagi. Lagi 3hari baru cukup sebulan. Kalau tak percaya boleh check blog archieve Sab. Sebelum ni memang pernah cuba jelajah blog yapi tak pandai guna. So, Sab ambil tarikh 4/12/2015 as tarikh yang officially as blogger.

8) DESCRIBE BLOG 'SARAHLALA' DENGAN OWNERNYA SEKALI. [SOKAYY, I WANT A SINCERLY FROM YUR HEART:)]
After Sab buat sweet stalker tadi, rasa macam sama jugak komen Sab dengan yang sebelum ni. Simple but seriously nice because Sab memang suka blog yang simple. Boleh tengok sendiri blog Sab. Simple kan? Tema warna yang cerah dan tidak menyakitkan mata sangat penting pada Sab. Kalau Sab tersinggah dekat blog yang simple mimple ni, memang lama la Sab melekat dekat sana berbandindengan blog yang colourful. Sab memang suka warna yang soft. Citarasa orang lain2. About owner, rasa macam takde komen sangat cuma pada Sab, sesiapa yang tag Sab ni is friendly. Tak kenal tapi cuba untuk mendalami dan saling mengenali.

9) UMUR TAHUN 2015?
21tahun 2015. Tapi memandangkan hari ni dah menjejak 2016. Tinggal lagi berapa hari je nak jejak umur 22 tahun. Dah tua. Hehe

Ok. Dah selesai menjawab kesemua soalan. Harap sis puas hati dengan jawapan yang tak seberapa yang Sab berikan ni. Macam biasa, Sab memang akan tag balik 10 orang yang berkenan di hati. Makin ramai ditag, makin seronok. Tak putus la generasi tag mengetag ni. Haha ayat tak tahan. Soalan yang sama macam yang Sab bagi sebelum2 ni. Harap sesiapa yang ditag tu sudi untuk menjawab ye. Ok. Let's start it. Jangan lupa tinggalkan link di sini after menjawab ye. Senang Sab nak melawat nanti. Kalau dah kena tag sebelum ni, bagitahu eh.

1) Kenalkan diri awak kepada dunia (Buat ayat meletup bombastik)
2) Perkara pertama yang terlintas masa first time datang blog Sab.
3) Perkara yang awak takutkan hal itu terjadi dalam hidup awak.
4) Pernah rasa jealous dengan kehidupan orang lain? Jika ya, kenapa.
5) Pernah meminati seseorang dalam diam? Kenapa minat dia eh?
 6) Diberi pilihan masak atau makan luar, mana awak pilih? Kenapa?
7) Perkara yang paling awak trauma kan until now and why?
8) Macam mana awak boleh terjebak dalam dunia blogging ni?
9) Awak bangga dilahirkan sebagai diri awak sekarang? Alasan.
10) Pernah menginginkan something tapi sampai sekarang tak dapat.

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

22 comments:

  1. http://twittykingdom.blogspot.my/2016/01/10-question-from-sab.html

    done sab :D

    ReplyDelete
  2. akak PC dah jawab soalan adik tau..hihihihihi..*malu sembunyi balik pintu*
    http://perducinta.blogspot.my/2016/01/siasatan-manja-pertama-awal-2016-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orait. Nanti Sab jenjalan sana ok ^_^ Btw thank you sebab sudi jawab

      Delete
  3. Hi.. Thanks Sab sbb tag Cikla. InshaAllah kalau Ada masa Cikla jwb.. Sokay kalau dh kena tag pun. Rasanya, question dia mcm lain je... Ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu jawapan dari cikla. Mengharapkan orang kenal blog Sab melalui blogger hebat like you. ^_^

      Delete
  4. Terima kasih tag saya.. InsyaAllah.. nanti saya cuba jawab ye..

    ReplyDelete
  5. tqsm sebab tag akak.. :D

    akan cuba utk jawab ye..

    ReplyDelete
  6. Hi Sab... Cikla dh jwb dh...
    http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/01/10-soalan-dari-blogger-nursabrina.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sebab sudi jawab. Nanti Sab jenajalan baca jawapan ^_^

      Delete