Monday, 4 July 2016

Shawl Satin Dari Blogger Nisa Ahmad

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi. Kita masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segara di pagi Ramadhan ke-29 ni. Cepatnya masa berlalu. Hari ni dah hari kedua terakhir dalam bulan Ramadhan. Macam mana puasa tahun ni? Mesti banyak kenangan pahit manis kita lalui bersama. Semoga kita semua berkesempatan untuk bertemu Ramadhan pada tahun yang akan datang. Ameen. Insyaallah.

Ingat tak baru-baru ni Sab ada bagitahu yang Sab menang salah satu giveaway. Tak ingat? Boleh klik SINI untuk baca. Alhamdulillah. Murah rezeki bulan Ramadhan ni. Tak pernah putus dengan hadiah. Shawl satin dari Blogger Nisa Ahmad dah selamat sampai ke tangan Sab. Shawl ni sebenarnya dah sepatutnya sampai pada hari Khamis lalu. Tapi macam mana entah Sab boleh tak sedar abang pos laju datang rumah. Lastly dia tinggalkan notis je la. Notis tu pun mama yang ambil masa mama balik kerja. Sab ni memang jenis tak keluar rumah kalau takde pape.

Baru semalam Sab sempat jejakkan kaki ke pejabat pos. Nasib baik orang tak ramai. Terus je la ke kaunter. Seronoknya dapat shawl. Ni first time Sab dapat hadiah shawl. And ni la first shawl satin dalam senarai-senarai shawl Sab. Sab memang tak pernah beli lagi shawl satin. Cantik. Warna macam coklat gold sikit. Haha betul ke nama warna tu. Macam dalam gambar di atas tu. Thank you blogger Nisa Ahmad. Bagi sesiapa yang belum bagi details tu, boleh terus hantar details korang di fb beliau. Tahu-tahu je dia dah pos barang. Pantas dan tuntas.

Ok lah. Rasanya sampai sini dulu untuk entry kali ni. Nanti kalau Sab dah try shawl ni, Sab review tentang keselesaan pulak ok. Tengah tunggu hadiah seterusnya ni. Hehe. Kita jumpa lagi di next entry. Bye!!

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

6 comments: