بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ni Sab nak cerita tentang sebuah tragedi. Tragedi yang berlaku dalam bulan Ramadhan kali ni tersangatlah aneh bagi Sab dan keluarga. Tak pernah lagi sepanjang umur Sab 22 tahun jadi macam ni. Tak tahu la pada korang tragedi ni kelakar atau sedih tapi pada Sab dan keluarga, memang sedih sangat. Rasa macam tak percaya pun ada. Siapa dekat sini peminat kucing dan ada bela kucing di rumah? Sab dan keluarga memang minat sangat dengan kucing. Rumah Sab ni tak pernah lekang dengan kucing. Lepas mati sekor, mesti datang yang baru. Lepas mati sekor, datang lagi yang baru. Memang tak pernah sunyi dengan kucing.
Tragedi yang dimaksudkan ialah tragedi kematian kucing-kucing peliharaan kami. Tak tahu apa punca, tak tahu apa sebab. Tup tup semua kucing-kucing Sab sakit. Bukan sakit biasa. Kalau sakit biasa-biasa tu boleh sembuh even kucing tu dah kurus kering tapi ini tak. Sakitnya baru dua tiga hari, then badan diorang lembik and then mati. Hurmm sedihnya la. Bukan seekor, bukan dua ekor tapi 5 ekor mati berturut-turut. Sebab tu la Sab cakap, sepanjang 22 tahun Sab hidup dan sepanjang tempoh yang lama Sab bela kucing, ni la first time jadi macam ni.
Rumah Sab ni ada 9 ekor kucing sebelum 5 ekor tu mati. Diorang ni semua hyperactive. Pantang nampak kita makan, memang diorang akan kacau sebab nak dapatkan apa yang kita makan. Satu hari ni Sab perasan, sekor kucing Sab ni tak kacau pun Sab dengan family Sab makan. Sehari dua tu Sab rasa ok la lagi. Mungkin dia dah kenyang sebab kebiasaannya sebelum kitorang makan, Sab memang akan gaulkan nasi dengan ikan bagi diorang makan dulu. Tapi bila masuk hari ketiga, dia still sama. Sab perasan, dia bukan setakat tak kacau kitorang makan, dengan dia-dia sekali tak makan bila Sab gaulkan nasi. Selalunya pantang dengar orang gaulkan nasi, dia la yang mula-mula sekali terpacak tunggu nak makan.
Then Sab pegang la badan dia, badan dia panas. Tak pernah-pernah Sab pegang kucing Sab badannya panas. Sab cakap la dengan abah "Manja demam kot abah. Badan dia panas". Abah ketawa ingat Sab bergurau. Keesokannya Manja ni muntah-muntah. Muntah dia bukan warna putih air liur tu. Muntah dia warna kuning. Kuning pekat macam kunyit campur air tu. Bau dia hanyir sangat. Sab lap muntah tu. And warna dia melekat dekat kain tu. Lepas berus dengan sabun baru hilang. Itu pun still ada lagi kesan kuning tu. Kebiasaannya kalau kucing sakit, memang abah tak pernah bawa pergi vet sebab selalunya akan baik dua tiga hari lepas tu.
Masuk hari kelima, Manja keluar dari rumah. Manja ni penakut tau. Kalau kita lepas dia dekat luar rumah, dia akan lari masuk balik. So, bila dia keluar semua orang jadi pelik. Masa tu pula hujan. Dia langsung tak masuk. Mula-mula Sab tengok dia dekat tepi kereta. Bila kali kedua Sab tengok, dia dah dekat tengah jalan dalam keadaan hujan macam tu. Sangat dan tersangatlah pelik. Sab pun lari la ambil dia bawa masuk rumah. Tapi dia lari keluar balik. Malam sikit abah pula keluar ambil dia and kurung dalam sangkar sebab taknak bagi dia duduk tengah jalan. Tapi tak sangka pula itu la hari terakhir Sab angkat dia sebab keesokan harinya dia dah mati.
Sebelum Manja mati, hari sebelumnya ada anak kucing lebih kurang 2 bulan umurnya mati. Sama juga la. Dia muntah-muntah. Mulut berbau busuk. Air liur asyik meleleh tak berhenti-henti. Lepas Manja mati, dua ekor lagi kucing mati dalam hari yang sama. Cuma bezanya sekor mati pukul 3 pagi and sekor lagi mati dalam pukul 12 tengah hari. Keesokan harinya pun ada lagi sekor yang mati. Yang ini mak kepada anak kucing yang dua bulan tu. Anak dia ada 3 ekor semuanya. Kesian yang lagi 2 ekor ni. Tiap-tiap hari menangis nak minum susu. Macam mana Sab tahu diorang nak susu? Yela. Bila Sab gaulkan nasi, diorang tak makan pun. Lastly Sab ambil inisiatif belikan susu and suap diorang pakai botol susu kucing tu.
Semua kucing Sab mati dengan cara yang sama. Muntah warna kuning pekat, then air liur diorang meleleh je tak henti-henti. Dah lap pun meleleh lagi. Rumah Sab masa tu memang tak sedap la baunya. Bau hanyir je. Ada tak sesiapa tahu atau pernah ada pengalaman tentang penyakit diorang ni? Kalau ada, share la dengan Sab. Abah cakap diorang kena racun. Wallahu'alam. Tak berani la nak cakap. Sab jarang lepas diorang. Sebab nanti diorang pergi rumah jiran. Jiran Sab memang marah betul kalau ada kucing dari rumah Sab masuk rumah dia. Tak tahu la dia marah kucing atau dia marah tuan kucing. Hahaha. Tak kisah la.
Apa-apa pun, semoga semua yang pergi tenang di alam sana. Semoga diorang jadi aset Sab dan keluarga di akhirat sana. Family Sab tak pernah beli kucing. Kucing yang dibela di rumah Sab semua hasil pungutan. Ada yang abah pungut dekat pasar, ada yang pungut dekat tong sampah, ada yang pungut atas jalan raya tengah takut-takut nak melintas, ada yang abah ambil dari kilang dan ada juga yang abah pungut dah nyawa-nyawa ikan sebab kena langgar tapi alhamdulillah hidup. Kalau nak di kira, memang tak terkira la sebab banyak sangat kucing yang dibela. Sekarang dekat rumah ada lagi 4 ekor. Mungkin yang hidup ni Allah hantar sebagai penghibur.
(RIP : 16/6/2016)
Ini anak kepada Tuah. Dia 3 adik beradik. Yang lagi dua alhamdulillah sihat sampai sekarang. Dia la yang mula-mula sekali mati. Dia takde nama lagi masa ni.
MANJA (RIP : 17/6/2016)
Manja ni abah ambil dia dekat tepi jalan. Dia dah kena langgar masa tu. Manja ni kaki tangan dia besar. Tak sama macam kucing biasa. Jari dia lebih sikit dari kucing biasa.
AYUNG (RIP : 18/6/2016)
Ayung ni anak sulong Tuah. Badan dia besar masa mati tu. Dia ni gemuk. Makan tak memilih. Tak sangka umur dia tak panjang. Dia ni speacial sebab dia ada janggut.
ADIK (RIP : 18/6/2016)
Adik yang dimaksudkan dalam gambar ni yang warna putih tu. Takde gambar dia personal. Dia anak no.2 Tuah. Yang hitam tu Ayung. Dah besar still menyusu.
TUAH (RIP : 19/6/2016)
Ini lah Tuah. Dia la yang last sekali mati dalam tragedi ni. Gambar ni di ambil masa dia tengah curi ikan. Masa ni dia bunting. Beranak keluar si Adik putih tu la.
Sampai sini dulu kisah Tragedi Ramadhan Sab. Dah panjang sangat dah rasanya Sab bercerita. Sedih kalau di kenang-kenang. Patah tumbuh, hilang berganti. Hanya kenangan kita bersama tersemat dalam hati. Semoga kita bertemu di sana nanti. Sab stop di sini. Bye!!
Comel2 kucing akak.. :'( sedih saya baca sbb saya pun ade pengalaman mcmni juga. Tpi mmng perit jugalah semua kucing tu mati berderet-deret..
ReplyDeleteHurmm. Ntah la. Tak dapat nak diungkap betapa sedihnya perasaan masa ni.
DeleteSedih.. Sy pun ada alami tp arnab ler..
ReplyDeleteDua ekor mati.. Sepasang.. Tak taw apa punca nye... Sabar je la yer...
Jejalan raya sini..
Hurmm. Sedih sangat bila sesuatu yang kita sayangi pergi.
Deletesedihnya :'( Allah sayang mereka...
ReplyDeleteSemoga mereka jadi aset di 'sana' kelak. Insyaallah
Delete