بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Burger Bakaq Tok Uban. Pernah dengar pasal burger ni? Actually Sab pun tak pernah dengar pasal burger ni. Tap nak dijadikan cerita. Satu malam ni, mama ajak keluar. Nak cuci mata cari baju raya la katanya. Masa tu belum masuk bulan Ramadhan lagi. Cuci-cuci mata cari baju raya tapi takde baju raya seperti yang diinginkan. Yang adapun terlampau mahal. Tak padan dengan baju. Baju biasa je tapi harga melampau mahal. Lastly tak dapat baju, makan yang dapat. Hahaha
Abah sebenarnya yang suggest kan tempat ni. Abah tanya nak makan burger bakar tak? Masing-masing buat muka teruja nak makan. Yela first time. Dulu Sab stay Permatang Pauh juga tapi masa tu kedai ni tak buka lagi. Abah kata kedai ni kedai baru. Baru je buka. Kedai ni betul-betul tepi jalan. Betul-betul dekat traffic light simpang 3 Permatang Pauh tu. Memang senang la nak cari kedai ni. Cuma susah nak parking jela sebab kedai ni tepi jalan utama kan. Kedai ni bersih. Yang kerja dekat kedai ni semua lelaki. Dari yang jaga kaunter, tukang masak sampai la ke yang basuh pinggan. Semuanya lelaki.
Sementara nak tunggu makanan sampai, abah pun cerita la berkenaan dengan pemilik kedai ni. Pemilik kedai ni sememangnya digelar Tok Uban oleh penduduk setempat. Beliau merupakan salah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau orang Pulau Pinang kalau tak salah. Orang berpengaruh juga la. Ahli politik nama pun. Orang nya memang berambut putih. Kebetulan baru-baru ni muka dia masuk tv. Abah pun bagitahu la Sab dengan mama bahawa dia lah Tok Uban. Hahaha. Memang dialek Penang pun dia gunakan masa bercakap.
Banyak jenis burger yang ada. Sab mama abah adik semua makan burger daging. Actually Sab kurang suka burger daging tapi disebabkan keinginan nak mencuba tu datang, Sab pun order la juga burger daging. Rasanya sedap. Daging di lembut. Roti pun lembut. Sos + mayonis melimpah-limpah. Bagi penggemar mayonis, konfem suka makan dekat sini. Sayur dia banyak. Sab suka. Tapi kalau diberi pilihan daging atau ayam, Sab tetap pilih ayam. Mungkin sebab Sab kurang serasi dengan rasa daging. Tapi untuk burger ni, Sab bagi 5 star lah. Pasal harga. Pada Sab sangat berpatutan sebab burger ni sangatlah mengeyangkan. Sampai tak habis makan sebab terlampau kenyang.
Yang Sab order ni Hats On! nama dia. Air tu Strawberry Floats kalau tak salah. Tak ingat dah nama dia. Hehe. Hats on ni burger daging. Cuma beza dia, dekat atas dia tu macam ada topi. Mula-mula ingatkan lempeng. Hahaha. Tapi bila dah makan, rasa dia macam fish cake pun ada. Tapi sedap. Strawberry Floats ni air gas. Air gas strawberry and atas dia ada ais krim. Sedap pada Sab. Makan burger ni campur dengan air bergas sikit, memang umphhh la. Kena sangat. Kat bawah ni menu dia. Kalau nak makan burger ayam, boleh order Chicken Cheeze atau Grilled Chic kalau tak salah. Yang lain semua daging. Bukan burger je yang ada dekat sini. Meatballs, Sausage, French Fries pun ada bagi yang kurang gemar makan burger.
Dah panjang rasanya Sab bercerita. Jangan lupa cuba ok! Tak rugi mencuba. Bye
Assalamualaikum . Jemput join GA SAKAN ni . Dibuat julung-julung kali okay guys ? Hahaha . GA ni akan bermula hari ni , 10 Julai 2016 sehingga 10 September .
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
Blogger Malaysia
Follow blog Eyqin dan Ecah *semua akan di follow back , in shaa ALLAH
Copy code entry dibawah dan postkan di blog anda .
Copy link entry dan pastekan diruangan komen GA ini
GA akan terbatal sekiranya kurang daripada 20 penyertaan .
SENARAI HADIAH :
4 shawl ( 2x pemenang )
2 novel ( 2x pemenang )
RM30 ( 1x pemenang )
Sepasang sarung lengan ( 1x pemenang )
Saguhati :
Review blog dan bloglist ( 3x pemenang )
So , mari ajak kawan-kawan join sekali yaaaa ! Terima kasih !
Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Ogos 2016 | Bermula bulan depan, Lea akan update bloglist sebulan sekali. So dengan itu, sebulan sekali akan adasegmen bloglist untuk mencari bloglist baru. Jika berminat untuk masuk dalam bloglist blog Lea , bolehlah sertai segmen ni ye... Kelebihan sertai segmen seumpama ini dapat blogwalking dan tambah traffik blog... Kalau dapat masuk bloglist, mungkin akan tambahkan traffik juga. Mudah-mudahan yek...
Klik banner yer untuk sertai segmen ini
Segmen ni sangat-sangatlah simple... Cuma perlu buat follow blog, buat entry dan copy & paste aje... Pemilihan 10 blog adalah melalui random.org...
SEGMEN TAMAT : 31 JULAI 2016
Syarat Penyertaan :-
1. Follow blog Lea Azleeya 2. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Sotskirt.blogspot Ogos 2016 3. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry