Wednesday 18 January 2017

Tips Diet #01 by NurSabrina Abd Ghani

Image result for diet word
بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

DIET… Hot topic ni. Mesti ramai yang ada simpan dalam hati untuk dietkan? Sab? Dari dulu lagi Sab cuba untuk diet. Masa mula-mula Sab start diet  dulu, kebanyakan diet Sab mesti separuh jalan je. Sebab apa? Sebab tak tahan dengan cara diet tersebut. Menyeksakan. Kita kalau buat sesuatu yang kita tak suka, mesti separuh jalan je kan? So, pada pandangan Sab, kalau kita nak buat sesuatu, mesti buat sesuatu yang menyeronokkan bagi kita. Termasuklah diet. Kebanyakan orang menganggap diet ni susah, seksa dan sebagainya dan Sab adalah tidak terkecuali dalam golongan tersebut pada mulanya. Pada mulanya je la. Bila dah lama, dah ok sesangat. Sab suka diet. Relax je. Makin semangat lagi ada lah.
CARI ILMU
Yup!! Perkara pertama sebelum memulakannya ialah mesti ada ilmu. Nak diet bukan menonong je terus diet. Kena cari ilmu dulu. Cari ilmu cara diet yang berkesan. Cara diet yang mudah. Cara diet yang tidak menyeksakan. Bukannya terus mula je. Buat sesuatu tanpa ilmu, mesti tak menjadi. Mesti separuh jalan je. Percayalah. Sab dulu mula-mula nak diet, terus je diet. Kononnya dengan apa cara yang Sab percaya tu boleh berkesan. Pada mulanya bukan main semangat lagi. Tapi akhirnya tewas. Lepas tu barulah timbul kesedaran untuk cari ilmu mengenai diet. Bukan main lagi cari tips itu tips ini sebab Sab nak diet Sab menjadi dan boleh diamalkan secara berterusan.
Sab akui, bukan senang nak diet tapi Alhamdulillah. Sab berjaya capai apa yang Sab nak selepas Sab faham tips-tips yang sebetulnya. Sab cari tips and banyak sangat tips yang Sab jumpa. Tips yang Sab rasa tak boleh ikut, Sab tolak tepi. Yang boleh ikut, Sab jadikan sebagai panduan. Sab rasa nak share tips diet ni pun sebab ramai yang tanya Sab macam mana cara Sab diet sebab every week ada kesan positif. Sab terasa nak share sebab apa? Sebab Sab rasa itu cara diorang cari ilmu untuk diet. Bukannya terus mulakan je. Step pertama yang bagus. Nak ikut, ikutlah. Tak nak pun takpe. Yang penting dah kongsi.
Sab cakap macam ni pun, sebab ramai orang yang Sab kenal, orang sekeliling Sab nak diet. Bukan main lagi Sab tengok semangat diorang untuk berdiet tu. Amalkan cara itu ini, sampai ada yang ambil suplement itu ini yang diorang rasa berkesan untuk diri diorang tapi lastly Sab tengok FAILED !! Kecewa. Bukan diorang je kecewa, Sab yang tengok ni pun rasa kecewa. Sab tak bermaksud nak lemahkan semangat sesiapa tapi itulah hakikatnya.
Image result for diet
Semua orang boleh buat. Semua orang boleh mula tapi kena ingat, tak semua orang berjaya. Bukan Sab doa untuk ketidakberjayaan (betultakperkataanni?) korang, cuma Sab ingatkan je. Itulah tips pertama dari Sab. Cari ilmu. Timba ilmu sebanyak yang mungkin dulu. Dalami dan fahami. Kemudian amalkan. Sab percaya dengan kata-kata yang terlintas dibenak fikiran Sab iaitu NAK DIET KENA ADA ILMU. Bukan setakat nak diet, nak buat apa-apa pun kena ada ilmu. Ok lah. Setakat ni sahaja perkongsian dari Sab. Terima kasih sudi luang masa baca tips dari Sab yang tak seberapa ni. Assalamualaikum

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

9 comments:

  1. Betul. Skrg macam2 produk utk diet. Kena ada ilmu jugak tue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut memudaratkan kesihatan dan tubuh badan je...

      Delete
  2. betul perlu ilmu...dan kesungguhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rasa tak mampu untuk bersungguh-sungguh, better jangan mulakan... Pendapat Sab la

      Delete
  3. Yang penting khasiat tetap kena cukup kan, walaupun berdiet. tak sabar tunggu next tips diet 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... Yang penting berkhasiat dan sihat... Insyallah next post akan muncul tak lama lagi... ^_^

      Delete