Tuesday 10 May 2016

Gara-gara Piano Tiles 2 .............

Image result for piano tiles 2
بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pernah main game ni? Kalau tak pernah, cuba la main sekali. Mula-mula Sab main dulu memang menyampah la juga sebab asyik kalah je tapi dah lama-lama main ni, perghhh hebat penangan dia. Yang pernah main mesti tahu dan faham apa yang Sab cakap dan cuba sampaikan. Tambah-tambah lagi bila kita main then beating dengan kengkawan dekat facebook. Sakit jiwa kalau main and tak capai target yang kita nak.
Gara-gara Piano Tiles 2 .............
Berbalik kepada tajuk asal Sab hari ni, Sab cuma nak cakap, gara-gara Piano Tiles 2 Sab tak tidur satu malam. Haa tambah-tambah lagi dah update then ada level baru yang dia tambah, hurmm memang tak boleh lelap la mata ni. Main pulak beating dengan kawan sendiri dekat facebook. Lagi la buat Sab risau dan tak boleh tidur malam sebab takut dia potong Sab. Hahaha. Seriously macam budak-budak kan? Tak kiralah apa pun.

Image result for piano tiles 2
Jangan cakap game ni game budak-budak kalau tak pernah main. Cabaran dia bukan calang-calang cabaran tau. Memang la nampak macam senang. Tekan-tekan je. Cuba la try main sekali. Dah main baru boleh judge. Main tau. Jangan tak main. Add sab dekat facebook. Kita beat. Facebook Sab NURSABRINA ABD GHANI. Hihi promote pulak. Setakat ni dah ada 53 level dalam game ni. Main dengan penuh hati dan perasaan ok ! Kalau dekat play store, gambar dia macam dekat sebelah tu ye.

Hehe. Itu je nak share hari ni. Main tau. Kbye !!

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

10 comments:

  1. tak pernah main lagi. tgu setel thesis bru boleh haha kalau x nnt x buat keje. sbb gaya mcm addicted jee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok. Mohon settle segala kerja dulu ye. Hehe. Kalau tak habis tergendala kerja lain nanti. ^_^

      Delete
  2. Betul ! Ya Allah tambah bila dah tgh main syok2 tetiba mati! Ya Allah rasa mcm nak hempok phone 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Betul! Setuju sangat. Menyakitkan hati kot.

      Delete
  3. hahaha..best ye? siap nak hempuk hp lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah seronok main, ttiba mati, memang rasa macam nak hempuk2 fon nya. Hahaha

      Delete
  4. elsa suka main. dekat office kalau takde kerja, memang ini jelah elsa hadap hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sab pun sama. Takde kerja je mengadap benda ni. Tambah2 baru lepas final ni. Memang balas dendam la main benda ni. ^_^

      Delete
  5. hahha..saya kalau main piano tiles ni, mesti tak tido..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes!! Sama la kita. Main benda alah ni sampai tak boleh tidur.

      Delete