Monday 8 February 2016

Tagging back from blogger Najwa Zahid

Image result for MINTA MAAF
بسم الله الرحمن الحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ya Allah. Lamanya entry ni dekat dalam draft. Sab minta maaf Blogger Najwa sebab lambat jawab soalan-soalan awak. Insyaallah hari ni Sab akan jawab semua soalan. Rasanya dah lama tak nampak entry tagging2 ni. Hehe. Kalau boleh taknak hilangkan entry tagging2 ni sebab pada Sab entry macam ni la salah satu cara untuk mengeratkan dan memperkenalkan blog kita kepada orang. Ok taknak bebel bebanyak. Dah tak sabar nak jawab semua soalan sis Najwa.

1) KENALKAN DIRI DAN BLOG DENGAN GEMPAKNYA, RARE DAN MELETOP-LETOP
Oh dunia. Disaksikan langit dan cahaya bulan di pagi harinya, aku dilahirkan dan dinamakan sebagai NurSabrina. Akulah anak pertama kepada pasangan Abd Ghani dan NorHashimah dan aku sangat bangga dengan pangkat yang pertama. *Ok rasa over di situ. Haha. Kalau nak tahu yang lain, rasanya boleh klik SINI, SINI, SINI, SINI, dan SINI. Haa. Banyak kan?
Image result for sabrina name
2) KALAU AWAK DIBERIKAN PELUANG UNTUK MILIKI SEBUAH PULAU, DESCRIBE THE ISLAND. IT'S YOUR ISLAND.
Ok. Kali ni blogger Najwa ajak Sab berangan pula. Sab kalau boleh nak pulau Sab tu berwarna warni. Macam dalam cerita cartoon. Air laut sekeliling pulau mesti warna soft blue. Nak banyak bunga sekitarnya. Bukan setakat pokok-pokok hijau je. Lepas tu nak ada pondok-pondok atas pokok-pokok besar. Macam cerita tarzan pulak. Hahaha. Memang banyak tengok cerita bebudak Sab ni.

3) 10 TAHUN AKAN DATANG, WHO TOU ARE?
10 tahun akan datang ea? Masa tu umur dah 32 tahun. Masa tu mungkin dah bergelar seorang isteri dan seorang ibu. Ameen Insyaallah. Masa tu mesti nak ada butik sendiri even butik kecil-kecilan. Kalau tak pun, mesti dah ada kerja tetap seperti yang diimpikan that is nak kerja dekat Majlis Agama Islam atau mana-mana Pejabat Agama Islam. Insyaallah.

4) TIGA KERJAYA/BIDANG YANG AWAK BERCITA-CITA UNTUK CEBURI. KENAPA?
First sekali bidang undang-undang. Why? Sebab Sab suka sesuatu yang mencabar. Lagipun bila bercakap pasal undang-undang, semua orang akan fokus kepada jenayah sahaja sedangkan undang-undang ni luas sangat skop nya. Seriouly best. Masa diploma dulu, Sab berkesempatan untuk belajar dalam bidang undang-undang. Alhamdulillah ada sikit ilmu dalam bidang tu.

Second bidang is bidang bussines. Why? Siapa taknak hidup senangkan? Rasulullah S.A.W. sendiri cakap 9/10 daripada sumber pendapatan kita adalah datang daripada perniagaan dan selebihnya adalah bekerja dengan orang dalam erti kata lain ialah makan gaji. Sab sendiri pun bercita-cita nak ada butik sendiri atau restoran sendiri suatu hari nanti. Insyaallah.
Image result for gambar guru kartun
Lastly bidang mengajar. Nak jadi guru a.k.a cikgu. Bidang ni baru je muncul dalam otak sejak diri ni berminat untuk jadi cikgu tadika. Lagi2 bila ada orang cakap Sab memang layak dan sesuai untuk jadi cikgu sebab muka and gaya sesuai untuk jadi cikgu. Kembang la sikit bila ada orang cakap macam tu. Hahaha. Lagipun Sab memang suka dengan kanak2. Ok la tu kan?

5) SIAPA YANG TAHU KEBANYAKAN RAHSIA AWAK DAN KENAPA AWAK RASA SELESA UNTUK BERITAHU DIA RAHSIA TERSEBUT?
Siapa tu? Hahaha. He's my fiancee. Selesa nak cerita segala masalah ataupun rahsia dengan dia sebab pada Sab dia lah satu-satunya yang mampu simpan segala rahsia dan dia juga merupakan penasihat yang terbaik dalam segala permasalahan. Haha. Lagi satu, pada Sab lelaki ni kebanyakannya dia akan dengar tapi tak simpan. Kira macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan la. Takde la dia nak cerita benda tu dekat orang sebab dia konfem lupa.

6) MINAT KPOP TAK? KALAU MINAT, KENAPA?
Tak minat.

7) APA AWAK AKAN BUAT KALAU ADA RM 1 JUTA?
Firstly nak melabur dalam RM500,000. Lepas tu nak beli rumah dalam RM350,000 and another RM150,000 nak bahagiakan ahli keluarga terutama mama abah and encik suami. Bawa pergi haji la yang paling penting. Kalau dapat, dalam RM150,000 ni juga la nak buat modal untuk buka butik sendiri.
Image result for gambar duit kartun
8) APA MOTIVASI/PRINSIP HIDUP YANG AWAK SELALU PEGANG?
  • Orang lain boleh buat, kita pun mesti boleh buat.
  • Jangan buat orang sakit hati, nanti Allah balas berganda dengan kita.
  • Nak buat apa pun dalam hidup mesti ingat yang kita sedang bawa sebelah muka mak sebelah muka ayah.
  • Jangan pandang sesuatu itu dari sudut negatif kerana setiapa apa yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri.
9) KAYA ATAU BERPENDIDIKAN. YANG MANA AWAK PILIH DAN KENAPA? PILIH SALAH SATU SAHAJA.
Pendidikan. Kenapa? Sebab pada Sab, bila ada pendidikan pasti akan ada kekayaan. Bukan maksudnya orang tak berpendidikan itu tak boleh jadi kaya. No! Bila kita berilmu, Insyaallah kita kaya. Dengan ilmu, orang yang tidak berpendidikan tinggi boleh buka bengkel sendiri. Dengan ilmu, seorang wanita boleh buka butik menjahit sendiri. Semuanya pasti dengan ilmu. Walaupun tidak berpendidikan tinggi sehingga ke peringkat master atau Phd, seseorang itu tetap memerlukan ilmu. Ayat al-Quran yang pertama diturunkan sendiri menuntut kita agar membaca. Dapatlah diejlaskan di sini bahawa Allah menuntut kita supaya belajar dan menuntut ilmu.

10) APA PENDAPAT AWAK TENTANG BLOG NI? BERIKAN 1 NASIHAT/TIP/KOMEN UNTUK PERBAIKI BLOG NI.
Pendapat Sab. Blog ni ok. Takde yang kurang. Sab sendiri masih baru dalam alam ni. Serious tak pandai nak komen. Pada Sab semua blog lebih cantik dari blog Sab. Teruskan berblogging dan rajin2 kan diri untuk jengah ke blog Sab.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

No comments:

Post a Comment