Saturday 6 February 2016

4th February 1994 - 4th February 2016

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hai semua. Hari ni rasa macam nak buat personal entry pula. Dah lama asyik join segmen dengan giveaway je. Mesti ada yang dah bosan kan? Sab sibuk sikit la sekarang. Lepas balik kelas, penat. Buka blog kejap lepas tu tidur. Malam tak payah cakap la. Mata memang tak tahan. Mungkin sebab penat berjalan kot. Rumsis a.k.a kamsis memang jauh dari kelas. Sesiapa yang pernah sampai KUIM mungkin tahu jauhnya macam mana. Dah lama2 nanti, biasa la ni. Hehe

Ok back to my entry's topic. Haa. Mesti dah boleh agak kan tarikh apa yang Sab nyatakan dekat tajuk entry Sab kali ni. Hehehe. Even dah lepas beberapa hari yang lalu tp tetap nak buat entry. Nak sambut untuk hiburkan diri sendiri. Rasa macam nak nyanyi pulak. Nyanyi sikit boleh? Hahaha. Jangan kecam saya. Ikut nyanyi sesama tau.

ALLAH SELAMATKAN KAMU | ALLAH SELAMATKAN KAMU | ALLAH SELAMATKAN NURSABRINA | ALLAH SELAMATKAN KAMU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU | HAPPY BIRTHDAY TO YOU | HAPPY BIRTHDAY TO NUR SABRINA | HAPPY BIRTHDAY TO YOU
Selalunya buat entry wish birthday orang je. Kali ni buat entry khas untuk diri sendiri pulak. Thank you so much kepada semua yang wish. Kepada yang tak tahu atau mungkin lupa, haa ni Sab ingatkan balik. Hahaha. Boleh pulak macam tu kan.

Untuk pengetahuan semua, ini adalah ulangtahun kelahiran Sab yang ke-22 tahun. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih dipanjangkan umur sehinggalah ke hari ini. Mohon doa yang baik-baik dari kalian semua ye. Sab sendiri pun sentiasa memohon semoga Sab dipanjangkan umur supaya dapat terus berbakti di atas muka bumi Allah ini tidak kiralah untuk kedua ibu bapa, bangsa, agama mahupun negara. Insyaallah. Tapi yang paling penting sekali dapat capai segala target yang diimpikan di dalam hidup.
Setiap tahun mesti ada je wishlist sendiri dan Alhamdulillah segala wishlist yang disenaraikan berjaya dipenuhi. Apa yang Sab impikan ni bukan la pelik2 sangat pun. Contohnya macam nak sambung belajar di peringkat seterusnya. And alhamdulillah impian birthday tahun lepas nak sambung belajar di peringkat degree tercapai. Tak pernah lagi letak wishlist nak iphone or laptop baru sebab takut tak dapat, sendiri yang kecewa. Sab ni memang pantang kalau apa yang diimpikan tak capai. Boleh nangis woo.

Semua tu ada dalam impian jangka masa panjang. Siapa tak teringin semua tu memang pelik la orang tu.

Tahun ni ada impian besar sebenarnya. Ya Allah dup dap dup dap juga sebenarnya nak letak benda ni dalam impian tahun 2016. Sebab takut tak tercapai. Tetiba terlintas impian ni. Mungkin perlu dirahsiakan terlebih dahulu kot. Ini pun kira dah bagi hint sikit. Setiap impian kena ada usaha. Kena berusaha bersungguh-sungguh, lepas tu kita tawakkal sehabisnya. Insyaallah jika diperkenankan, akan tercapai juga segala impian yang kita idamkan tu. Mohon doa yang baik-baik dari semua pihak yang membaca.
Dah belanja dua gambar sendiri. Kira dah dekat penghujung entry la ni. Dah boleh nampak beza masa kecil dengan besar kan? Masa kecil dulu bukan main kurus lagi. Sekarang bukan main 'kecil' lagi. Hahaha. Mohon faham makud yang mendalam tu. Sab ada lagi satu impian besar. Impian nak simpan duit. Target untuk 2016 ni hanya RM2500. Doakan semoga impian Sab yang satu ni termakbul ye. Ameen Insyaallah.

Ok lah. Sampai sini dulu untuk entry kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca.

SAYA DOAKAN AGAR SEGALA IMPIAN NURSABRINA BINTI ABD GHANI TERMAKBUL. AMEEN YA RABBAL 'ALAMIN


Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

8 comments:

  1. sebelum terlambat, saya pun nak ucapkan selamat hari lahir yang ke-22 sab!
    semoga Allah selamatkan kamu sab!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Sofie. And thank you again untuk doanya. Ameen Insyaallah ^_^

      Delete
  2. happy birthdayyy kak :) semoga dimurahkan rezeki selalu.

    ReplyDelete
  3. selamat hari jadi ! ain pun birthday february jugak.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Ain. Jangan lupa buat entry. Nanti Sab boleh balas wish

      Delete
  4. Selamat hari lahir sab ^^ Semoga impian sab tercapai, InsyaAllah :)

    ReplyDelete