Saturday 16 July 2016

Burger Bakaq Tok Uban, Permatang Pauh

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Burger Bakaq Tok Uban. Pernah dengar pasal burger ni? Actually Sab pun tak pernah dengar pasal burger ni. Tap nak dijadikan cerita. Satu malam ni, mama ajak keluar. Nak cuci mata cari baju raya la katanya. Masa tu belum masuk bulan Ramadhan lagi. Cuci-cuci mata cari baju raya tapi takde baju raya seperti yang diinginkan. Yang adapun terlampau mahal. Tak padan dengan baju. Baju biasa je tapi harga melampau mahal. Lastly tak dapat baju, makan yang dapat. Hahaha

Abah sebenarnya yang suggest kan tempat ni. Abah tanya nak makan burger bakar tak? Masing-masing buat muka teruja nak makan. Yela first time. Dulu Sab stay Permatang Pauh juga tapi masa tu kedai ni tak buka lagi. Abah kata kedai ni kedai baru. Baru je buka. Kedai ni betul-betul tepi jalan. Betul-betul dekat traffic light simpang 3 Permatang Pauh tu. Memang senang la nak cari kedai ni. Cuma susah nak parking jela sebab kedai ni tepi jalan utama kan. Kedai ni bersih. Yang kerja dekat kedai ni semua lelaki. Dari yang jaga kaunter, tukang masak sampai la ke yang basuh pinggan. Semuanya lelaki.

Sementara nak tunggu makanan sampai, abah pun cerita la berkenaan dengan pemilik kedai ni. Pemilik kedai ni sememangnya digelar Tok Uban oleh penduduk setempat. Beliau merupakan salah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau orang Pulau Pinang kalau tak salah. Orang berpengaruh juga la. Ahli politik nama pun. Orang nya memang berambut putih. Kebetulan baru-baru ni muka dia masuk tv. Abah pun bagitahu la Sab dengan mama bahawa dia lah Tok Uban. Hahaha. Memang dialek Penang pun dia gunakan masa bercakap.

Banyak jenis burger yang ada. Sab mama abah adik semua makan burger daging. Actually Sab kurang suka burger daging tapi disebabkan keinginan nak mencuba tu datang, Sab pun order la juga burger daging. Rasanya sedap. Daging di lembut. Roti pun lembut. Sos + mayonis melimpah-limpah. Bagi penggemar mayonis, konfem suka makan dekat sini. Sayur dia banyak. Sab suka. Tapi kalau diberi pilihan daging atau ayam, Sab tetap pilih ayam. Mungkin sebab Sab kurang serasi dengan rasa daging. Tapi untuk burger ni, Sab bagi 5 star lah. Pasal harga. Pada Sab sangat berpatutan sebab burger ni sangatlah mengeyangkan. Sampai tak habis makan sebab terlampau kenyang.
Yang Sab order ni Hats On! nama dia. Air tu Strawberry Floats kalau tak salah. Tak ingat dah nama dia. Hehe. Hats on ni burger daging. Cuma beza dia, dekat atas dia tu macam ada topi. Mula-mula ingatkan lempeng. Hahaha. Tapi bila dah makan, rasa dia macam fish cake pun ada. Tapi sedap. Strawberry Floats ni air gas. Air gas strawberry and atas dia ada ais krim. Sedap pada Sab. Makan burger ni campur dengan air bergas sikit, memang umphhh la. Kena sangat. Kat bawah ni menu dia. Kalau nak makan burger ayam, boleh order Chicken Cheeze atau Grilled Chic kalau tak salah. Yang lain semua daging. Bukan burger je yang ada dekat sini. Meatballs, Sausage, French Fries pun ada bagi yang kurang gemar makan burger.
Dah panjang rasanya Sab bercerita. Jangan lupa cuba ok! Tak rugi mencuba. Bye

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

12 comments:

  1. Sedappppppppnyaaaa nakkkkk!

    ReplyDelete
  2. nak cuba...
    http://belogs.blogspot.my/2016/07/meletop-fm.html

    ReplyDelete
  3. apa specialnye burger bakar ni? Rasanya atau cara masakan atau sekadar nama je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa of course sedap. Cara masakan pun kita boleh tahu sebab dapur dia dekat luar. Dekat sangat dengan meja customer. Bukan sekadar nama tapi rasa dia yang buat nama dia naik ^_^

      Delete
  4. sedapnyaaa.. baru bukak ke kedai ni. xpenah pi makan pon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah... Kedai baru. Sebelum ni belum ada ^_^

      Delete
  5. https://www.facebook.com/burgerbakaqtokuban/posts/1701026563486080

    Terima Kasih kami ucapkan! ��

    ReplyDelete