Sunday 7 February 2016

Fakta Menarik Mengenai Kucing

Image result for kucing
بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kalau korang perasan dekat facebook sekarang ni tengah famous pasal beberapa fakta yang menarik mengenai kucing. Sab takde la nak huraikan satu-satu pasal fakta kucing tu. Banyak kot kalau nak hurai satu-satu. Hampir 70 fakta kalau tak silap. Tapi Sab tertarik dengan salah satu daripada fakta yang dinyatakan. Nak tahu tak apa faktanya tu? Huhu. Tunggu la kejap. Bawah sikit nanti Sab bagitahu ok. Sabar tau. Sebelum tu, kita berkenalan dulu dengan haiwan yang dinamakan kucing ni.


Sab tahu, ada segelintir yang tak suka dengan haiwan berbulu seperti kucing ni. Tak suka sebab takut, Sab tak kisah pun. Sebab kawan-kawan Sab ramai juga yang takut. Tapi Sab pantang kalau tak suka sampai menyeksa. Seriously pantang dengan penyeksaan terhadap haiwan terutama sekali kucing sebab kucing ni salah satu haiwan peliharaan a.k.a haiwan kesayangan keluarga Sab. Dah anggap macam sebahagian dari ahli keluarga. Cuba bayangkan kalau ahli kelurrga korang kena seksa ****

| AWAS!! AZAB ALLAH MENANTI |

Kucing ialah haiwan mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis Silvestris Catus. Kucing sebenarnya datang dari keturunan kucing liar Afrika tetapi telah dijinakkan lebih kurang 3500 tahun yang lalu iaitu ketika di zaman Mesir Purba di mana kucing ini digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada haiwan perosak seperti tikus. Tetapi hari ni kucing telah menjadi salah satu haiwan ternakan yang paling terkenal di dunia. Semua jenis bangsa tidak kira agama menggemarinya.

DI ZAMAN MESIR KUNO, MEMBUNUH KUCING DIANGGAP SEBAGAI SATU KESALAHAN DAN PEMBUNUH TERSEBUT BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN MATI.

Dalam banyak-banyak fakta menarik mengenai kucing tu, fakta yang satu ini la yang paling menarik perhatian Sab. Kenapa ini menarik perhatian Sab? Sebab Sab tengok dekat media-media sosial sekarang ni, facebook la terutamanya, banyak sangat kes penganiayaan haiwan terutama sekali kucing. Dah macam seronok pula buat macam tu. Lepas satu, satu muncul. Naik geram Sab tengok. Sab rasa bukan zaman Mesir Kuno je kena ada peraturan macam ni, zaman moden sekarang pun perlu ada.

Ingat tau! Even dia kucing, dia binatang a.k.a haiwan, ianya juga makhluk Allah. Mungkin dekat dunia ni kau terlepas dari balasan Allah, tapi kena ingat, akhirat itu ada. Balasan Allah itu pasti. Takkan terlepas. Sab tengok satu video yang orang tu pijak-pijak perut anak kucing tu sampai terkeluar usus perut kucing tu. Sangat menyayat hati. Mengalir air mata. Dekat dunia kau buat dia macam tu, tak mustahil dekat akhirat nanti, dia akan balas balik dengan cara yang sama.

| JIKA BUKAN DI DUNIA, DI AKHIRAT SANA |

Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.

Sekian, Wasalam.

Dari Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik atau diam".

No comments:

Post a Comment